Nampaknya segala tanda tanya dan teka teki siapakah pengacara terbaru Melodi terjawab apabila tengah hari tadi program ini telah ke udara selama satu jam setengah.

Rata-rata MH tengok semuanya okay dan boleh dikatakan Janna Nick dan Ajak boleh dikatakan mempunyai keserasian dan chemistry bersama dalam mengendalikan program ini.

Ajak yang terkenal dengan sikap lawaknya seperti melengkapi karakter Janna yang ceria dan cheeky.

Walaubagaimanapun, melalui Instagram program tersebut, pelbagai reaksi yang mereka terima.

Ada di antara mereka memberitahu Janna perlu belajar untuk nampak lebih natural kerana nampak dirinya terlalu mengawal diri.

IKLAN

Malah, ada yang meminta Janna untuk belajar mengawal suaranya kerana terlalu nyaring hingga membingitkan telinga yang mendengar.

‘Janna Okay, Tapi Kena Kawal Suara’ Netizen Beri Respond Kepada Pengacara Baru Melodi ‘Janna Okay, Tapi Kena Kawal Suara’ Netizen Beri Respond Kepada Pengacara Baru Melodi

Adat pertukaran, ada yang suka dan ada yang tidak boleh menerima pembaharuan ini.

IKLAN

‘Janna Okay, Tapi Kena Kawal Suara’ Netizen Beri Respond Kepada Pengacara Baru Melodi

Sungguhpun begitu, ramai juga yang memuji pelakon Dia ini dan memberi semangat padanya untuk terus memperbaiki mutu pengacaraannya.

‘Janna Okay, Tapi Kena Kawal Suara’ Netizen Beri Respond Kepada Pengacara Baru Melodi ‘Janna Okay, Tapi Kena Kawal Suara’ Netizen Beri Respond Kepada Pengacara Baru Melodi ‘Janna Okay, Tapi Kena Kawal Suara’ Netizen Beri Respond Kepada Pengacara Baru Melodi ‘Janna Okay, Tapi Kena Kawal Suara’ Netizen Beri Respond Kepada Pengacara Baru Melodi ‘Janna Okay, Tapi Kena Kawal Suara’ Netizen Beri Respond Kepada Pengacara Baru Melodi ‘Janna Okay, Tapi Kena Kawal Suara’ Netizen Beri Respond Kepada Pengacara Baru Melodi

IKLAN

 

Bukan itu sahaja, penyanyi Siti Nordiana turut akui kredebiliti Janna dan Ajak mengacarakan program ini bersama.

Apapun MH suka melihat bagaimana mereka berdua berkerjasama. Memang benar, benda baru pasti ada sedikit kelemahan, tetapi MH percaya dari masa ke masa Janna dan Ajak pasti akan memperbaiki kelemahan serta menambah baik cara pengacaraan mereka.

Lagipun terlalu awal buat semua orang untuk menilai cara pengacaraan mereka. So good luck to Ajak dan Janna untuk episode seterusnya!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI