Gara-gara terlalu terbuka memberi komen tentang sebuah filem, Janna Nick telah menimbulkan kemarahan netizen.

Beberapa hari sebelum ini Janna dikatakan telah memuat naik satu posting review mengenai filem Dunkirk yang terlalu membosankan baginya.

Malah lebih menyakitkan hati apabila Jannah dikatakan tidak mahu memberi sebarang bintang terhadap filem arahan pengarah prolifik Christopher Nolan ini.

Bukan itu sahaja, Janna juga menasihatkan orang ramai agar tidak menonton filem ini kerana jalan penceritaannya agak ‘menyedihkan’ (membosankan).

Janna Nick Mohon Maaf Kritik Filem

“Ai tengah tengok cerita #drunkirk dah nak habis dah..@kissyanick gedik sangat nak tengok sebab Harry Style berlakon!!!

“Aii tengok cuba nak digest sampai ai rasa ai macam kebodohan teruk…. pastu ai decide untuk tidoq… ai bangun tidoq sambung tengok lagi… tapi masih buntu… maka ai pun ajak @irisrose2015 keluar dari panggung wayang…

“Maka terhasil lah gambaq ni… so ai tak mahu bagi bintangkat cerita ni… Kalau boleh elakkan tengok,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambah Janna, dia juga tidak menghalang sesiapa untuk menonton jika suka cerita sebegini kerana genrenya agak menarik tetapi semua ini terpulang pada cita rasa masing-masing.

IKLAN

Melihat ketelanjuran katanya, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan komen pedas pelakon tersebut.

Janna Nick Mohon Maaf Kritik Filem Janna Nick Mohon Maaf Kritik Filem Janna Nick Mohon Maaf Kritik Filem

Malah netizen lebih berang apabila melihat respons Janna dengan mempersoalkan kedudukan peminatnya.

IKLAN

Janna Nick Mohon Maaf Kritik Filem

Menyedari postingnya itu tidak diterima ramai, Janna sempat memuat naik satu kenyataan di Twitter dengan memerli tindakan segelintir netizen yang terlalu cepat menghukum kesalahan orang lain.

Tidak mahu memanjangkan cerita, Janna akui kesilapannya dan memohon maaf terhadap komen pedasnya itu serta memadam posting tersebut.

IKLAN

Janna Nick Mohon Maaf Kritik Filem

Malah, dia juga sempat menambah akan menonton filem tersbut sekali lagi sehingga habis.

MH Online rasa sebenarnya Janna ingin berkongsi pandangannya sahaja, tiada niat untuk timbulkan kemarahan.Tetapi bila dah diprovoke oleh netizen, siapa yang tidak bengang kan?

Apa pun semoga Janna tabah dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI