Uncategorized

Janna Nick Dedah Tak Idam Lelaki Kaya, Wang Bukan Penentu Kebahagiaan Katanya!

Share

Pelakon My Coffee, Janna Nick mendedahkan, dia agak ragu-ragu dan takut untuk mendekati mana-mana lelaki yang berstatus kaya kerana tidak mahu dianggap sebagai wanita yang boleh dibeli dengan kemewahan serta wang ringgit. Katanya kepada MH, sejujurnya dia lebih selesa untuk berkawan dengan lelaki yang sederhana dalam segi gaya hidup.

Terang Janna lagi, wang bukanlah penentu kepada kebahagiaan.

“Kalau bercakap mengenai teman lelaki, rasanya saya memang sudah untuk didekati, terutamanya pada fasa sekarang. Apa pun, saya okay dengan sesiapa sahaja. Cumanya saya tak meletakkan sasaran untuk berkahwin lelaki kaya.

 

“Bagi saya, ada lelaki kaya sering anggap semua wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit. Tidaklah semua yang sedemikian, tapi hakikatnya ada.  Tambahan pula, saya memang tidak bergaul dengan golongan tersebut,” jelasnya jujur. 

Ditanya sama ada andai dia tidak kisah jika bertemu jodoh dengan lelaki yang tidak berapa berwang, pelakon drama rantaian Dia ini mengakui dia tidak kisah, asalkan lelaki itu rajin bekerja.

“Saya tidak kisah jika bakal suami tidak kaya pun. Asalkan dia rajin, itu sudah okay bagi saya sebab kalau rajin, boleh juga dia bantu bisnes saya ni,” seloroh Janna.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner ini turut melancarkan produk penjagaan kulit, Sephia di Mont Kiara pada Ahad.  Produk berasaskan minyak argan itu sudah pun berada di pasaran sejak dua tahun lalu.

Turut sama hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah para stokis dan jemputan turut disajikan dengan persembahan secara langsung dari Janna, mendendangkan single terbarunya, Akan Bercinta.

Foto: Instagram Janna Nick

 

IKLAN