Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar meluahkan rasa kesal apabila terdapat khabar angin mengatakan rumah tangganya kini retak.

Menerusi entri di laman Instagramnya, Lufya segera menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

“Kami ok je Alhamdulillah. Kalau nak buat story kat surat khabar pun silala tanya tuan badan dulu. Kami baru je gi makan angin beberapa minggu lepas.

“Janganla buat spekulasi tentang kehidupan orang lain tanpa menghormati privacy dan rumahtangga orang. Jangan tup tup keluar cerita yang rumah tangga kami retak, bergolak dan sebagainya.

IKLAN

Diam tak semestinya lufya dan suami bersetuju,” tulisnya.

IKLAN

Khabar angin itu bermula apabila ada yang mempersoalkan apabila Lufya sudah jarang memuat naik foto bersama suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum malah laman Instagramnya juga kini dipenuhi dengan entri anak mereka, Laana Haura yang kini berusia 11 bulan.

Sementara itu, di ruangan komen pula dipenuhi dengan ucapan-ucapan semoga rumah tangga pelakon drama Bila Hati Telah Hitam kekal hingga ke Jannah.

IKLAN

“Janganlah Buat Spekulasi Tentang Kehidupan Orang Lain Tanpa…,” – Ini Respon Lufya Omar Bila Dikatakan Rumah Tangganya Retak?

Alahai, mungkin spekulasi sahaja kot. Bak kata orang juga, bahagia itu jangan ditunjuk sangat kan? Apa-apapun, MH harap dengan penjelasan Lufya itu akan menutup terus khabar-khabar angin yang kurang enak itu ya.

Foto/Instagram: Lufya Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI