Uncategorized

‘Jangan Tunjuk Murahan Sangat Please’- Catriona Ross Muak ‘Gadis Ovari Meletop’ Kerana Syed Saddiq

Share

Aduh! Bila MH buka media sosial memang penuh ‘wall’ dengan berita dan gambar, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tidak dinafikan bahawa Syed Saddiq merupakan satu nama yang sering disebut-sebut oleh para gadis di Malaysia.

Berikutan itu, mungkin bosan dengan perhatian ‘berlebihan’ para gadis ini membuatkan pelakon, Catriona Ross memuat naik satu Instagram Story miliknya mengenai perkara tersebut.

“Once upon a time, masa KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin) came into the picture, I loya baca ramai perempuan went ‘Oh daddy, please choke me!’.

“But, I fahamlah this crush thing although I can’t brain why semua menqenyam tahap itu.

“And, now Syed Saddiq is in the pic and once again, I read sexual comment from the girls tak habis universiti and wives.

“Perempuan, jangan tunjuk murahan sangat please? Boleh? Tak payah hadap sangat, have some class ok,” tulisnya.

Huish. Marah betul Catriona. MH faham mungkin dia geram melihatkan para wanita asyik menggedik-gedik sebab Syed Saddiq.

Pada MH, betul juga apa yang dikatakannnya itu. Kalau sebelum ini, KJ dipanggil ‘daddy’ oleh wanita kemudian isu ‘ovari meletop’ disebabkan Prince Mateen. Kini, rakyat beralih pula pada Syed Saddiq.

Apa-apapun, MH harap agar teguran Catriona tidak dipandang remeh oleh orang ramai seterusnya akan ada perubahan berkaitan perkara itu pada masa akan datang.

IKLAN