Categories: Uncategorized

‘Jangan Terlalu Membenci Tanpa Sebab’ – Komen Zizan Razak Mengenai Orang Pantai Timur

Share

Baru-baru ini MH ada terbaca ‘tweet’ viral mengenai individu yang mengutuk ‘orang pantai timur’ kerana masih pekat bercakap dalam loghat mereka walaupun sudah berhijrah ke tempat lain.

Lebih memburukkan keadaan apabila ada beberapa netizen yang menjadi batu api turut menambah perasa memburukkan orang pantai timur ini.

Mungkin terkesan dengan perkara ini, pelakon, penyanyi dan pelawak, Zizan Razak memuat naik status di laman Twitter miliknya meminta agar netizen tidak terlalu membenci orang pantai timur ini.

“Pernah dengar orang KL cakap tak suka orang pantai timur tak? Last sekali kahwin dengan orang Kelantan dan sayang gile.

“#Janganterlalumembencitanpasebab,” tulisnya.

Pada MH, ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Zizan tu, sebab kalau terlalu membenci nanti boleh bertukar jadi sayang pula.

Dalam pada itu, MH lihat ramai juga netizen yang memberikan sokongan atas apa yang Zizan katakan itu.

Malah, ada juga netizen yang mengatakan bahawa kata-kata Zizan itu seperti terkena batang hidung sendiri.

Apa-apapun, jodoh itu di tangan ALLAH SWT. Kalau sudah tersurat jodoh dengan seseorang itu siapalah kita untuk menolak kan? Semoga dengan perkongsian Zizan ini akan membuka mata ramai juga. ‘Spread love, not hate’!

Sumber: Twitter Zizan Razak

IKLAN