Bila cakap soal depressi atau kemurungan ini memang tak boleh buat main. Tahun lalu sahaja ada sahaja berita menggemparkan mengenai artis bunuh diri hanya disebabkan kemurungan.

Kalau diri sendiri tak laluinya, memang mudah nak bagi nasihat. Penyanyi utama kumpulan Imagine Dragons, Dan Reynolds merupakan salah seorang yang mempunyai kemurungan yang teruk beberapa tahun sebelum ini.

‘Jangan Takut Untuk Minta Bantuan’ Dan Reynold [Imagine Dragon] Buka Mulut Tentang Kemurungan

Keadaannya begitu teruk sehingga pernah terfikir beberapa kali untuk mengadaikan nyawanya sendiri.

IKLAN

Ditemui ketika  Konsert Imagine Dragons Evolve World Tour Live in Malaysia semalam di Shah Alam. MH sempat bertanyakan isu ini kepadanya.

“Sampai satu tahap, saya rasa hidup ini dah tak bermakna apa-apa, sama ada hilang keluarga, hilang nyawa atau minta pertolongan.

 

“Saya memilih untuk minta pertolongan sebab percayalah semuam walau teruk mana pun hidup anda, mesti masih ada seseorang yang sayangkan anda,” katanya kepada kami.

Dia turut menggalakkan orang yang mengalami kemurungan untuk segera berjumpa pakar.

IKLAN

“Jangan ada rasa malu untuk berjumpa pakar sebab bila anda ada masalah, kenalah cari orang yang betul untuk merawatnya.

 

“Selain itu, bercerita pada keluarga, kawan-kawan, orang yang boleh dipercayai mengenai perasaan anda supaya mereka sedar dan peka,” tambahnya lagi.

Konsert semalam menyaksikan lebih 10,000 ribu peminat hadir memberikan sokongan pada kumpulan tersebut.

IKLAN

‘Jangan Takut Untuk Minta Bantuan’ Dan Reynold [Imagine Dragon] Buka Mulut Tentang Kemurungan

‘Jangan Takut Untuk Minta Bantuan’ Dan Reynold [Imagine Dragon] Buka Mulut Tentang Kemurungan

Antara lagu yang dinanti-nanti tentunya Radioactive, Demons, , Its Time, Believer dan Thunder. Lebih menyeronokkan bila semua peminat sing- along kesemua lagu tersebut menjadikan ia momen indah sekali.

“Konsert ini adalah konsert pertama kumpulan kami untuk tahun 2018 ini, terima kasih kerana memberikan kami malam yang tidak dapat dilupakan.

“Kami juga sangat bersyukur kerana akhirnya dapat ke Malaysia, tentunya kami ingin datang lagi ke sini sebab anda semua memang hebat!” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI