Pereka fesyen, Jonathan dan Farel Mikhail yang juga penganjur acara menerusi FM Group optimis membuka peluang kepada pereka muda untuk menonjolkan rekaan mereka di International Cultural Fashion Week (ICFW) pada 2 hingga 4 Ogos ini di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
ICFW merupakan salah satu program bawah acara Precious Of Malaysia kini memasuki tahun ketiga penganjurannya.
Duo berkenaan bagaimanpun mengingatkan kepada para pereka fesyen tahu batas dalam berkarya meski percaya ruang kreativiti itu begitu luas skopnya.
“Kami sedar dan tahu, ramai sebenarnya pereka muda di luar sana yang berbakat besar dan mempunyai idea di luar kotak serta sangat kreatif.
“Jadi, inilah peluang untuk mereka menonjolkan potensi yang ada demi mengejar cita-cita sebagai pereka fesyen terkenal suatu hari nanti.
“Apa pun, kreativiti dan relevan mengikut trend itu bagus. Cuma nasihat saya janganlah sampai ‘melacurkan’ budaya kita menerusi persalinan busana yang anda reka.
“Maksud melacurkan budaya itu adalah mereka cipta busana yang boleh mendatangkan persepsi negatif kepada yang melihatnya.
“Macam contoh, ada yang mereka baju Melayu yang jarang fabrik kainnya, guna tanjak untuk menutup bahagian dada pada baju seksi dan sebagainya.
“Mungkin ia tampak kreatif bagi sesetengah orang tapi, tapi perkara itu juga seolah-olah ‘mencemarkan’ identiti budaya Melayu,” kata mereka.
Ads
Jonathan dan Farel Mikhail turut berpendapat, adalah lebih baik sekiranya golongan berkenaan menghormati norma budaya di negara ini.
“Apabila rekaan sebegini dibawa ke pentas peragaan ia seolah-olah mempersendakan budaya itu sendiri. Orang yang melihat pun sudah tidak kenal asal usul busana yang diperagakan.
“Ada kemungkinan, wujudnya situasi ini disebabkan kurang cakna mereka mengenai adat istiadat budaya tertentu. Jadi perlu untuk para pereka fesyen agar memahami sekali gus menghormati identiti pakaian berunsurkan sesuatu kaum yang dihasilkan.
“Ini kerana budaya kita ada nilai estetika sendiri, kena ikut resmi itu. Kena tahu asal usul setiap budaya, jangan terlalu ‘overdo’ yang secara tak langsung boleh rosakkan budaya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Pertandingan rekaan fesyen ICFW (International Cultural Fashion Week) yang juga merupakan salah satu program bawah Precious Of Malaysia ini menjadi platform terbaik buat pereka muda.
Ads
Pihaknya menganjurkan pertandingan ini sebagai medium khusus kepada pereka fesyen baharu atau sedang mencipta nama.
“Ini masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka. Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, mereka tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen,” katanya.
Lebih istimewa, pengajurantahun ini bakal menyaksikan kelainan ICFW berbanding tahun-tahun sebelum ini.
“Sebelum ini, dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Jadi kali ini, kami terbuka untuk menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia, Filipina, Thailand dan India.
“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.
Ads
“Untuk Malaysia, kami nak ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.
“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” katanya.
Pertandingan ini melibatkan melibatkan 10 kategori iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer dan Promising Fashion Designer.
Turut dipertandingankan ialah Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.
Hari Tanjak Malaysia yang akan diadakan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heights mensasarkan 1000 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut.
Sempena acara ini, turut dianjurkan pameran dan booth istimewa bermula 5 hingga 11 Ogos depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Reen Rahim mencuri perhatian apabila hadir seorang diri ke sebuah majlis rumah terbuka, mencetuskan pelbagai persoalan mengenai keberadaan suaminya, Hazim Zainal.
Menurut Reen, atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, tiada isu besar yang perlu dibangkitkan kerana suaminya terlibat dengan urusan kerja pada hari tersebut.
“Tadi Reen pergi rumah terbuka seorang. Semua orang tertanya-tanya eh? Bertenang semua.
“Dia ada urusan lain tadi. Joyah ek semua,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Rumah Tangga Kekal Harmoni
Pelakon drama Dhia Kasyrani itu turut menegaskan, rumah tangganya bersama Hazim masih berada dalam keadaan baik dan tidak perlu diragui.
“Kami okay sahaja alhamdulillah. Dia nak teman tadi tapi saya tak bagi.
“Nanti kerja dia bertangguh dan aku yang serabut. Jadi, aku tinggalkan dia,” kongsinya lagi.
Netizen Beri Sokongan & Nasihat
Sementara itu ketika meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan menyarankan agar Reen mengabaikan pandangan negatif yang dilontarkan segelintir pihak.
“Abaikan je mereka. Joyah akan selamanya jadi Joyah. Sentiasa kekal bersama semoga dipermudahkan segala urusan. Love you si cantik.”
“Kanapalah ada yang kepoh sangat. Kalau berkepit 24 jam, nanti kata dia seorang sahaja ada laki. Tak nampak lelaki, kata ada masalah pula. Nak apa ya? Aku pula geram.”
“Masing-masing ada urusan. Orang-orang negatif ni kita tolak tepi.”
“Joyah tetap joyah. Kalau ambil gambar solo, cakap rumah tangga ada masalah. Bila ambil gambar berdua kata nak tunjuk sweet. Abaikan sahaja.”
“Lepas ni kalau keluar seorang, kena tampal dekat dahi, suami kerja.”
Imbas kembali, Reen dan Hazim mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setiap pasangan berkahwin pastinya impikan kehadiran cahaya mata bagi melengkapi seterusnya menyerikan lagi mahligai yang dibina.
Lalu, persoalan mengenai cahaya mata pastinya tidak lari buat pelakon, pelakon Nelydia Senrose yang sudah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Malah baru-baru ini juga terdapat dakwaan mengatakan dirinya sedang berbadan dua namun adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu menafikan perkara tersebut.
“Allah, saya aminkan saja khabar tersebut. Tapi belum ada berita ke arah itu (hamil).InsyaAllah doa-doakan,” katanya ringkas kepada MH.
Bintang cantik itu berkata demikian pada sesi sidang media secara virtual drama Khilaf Asmara baru-baru ini.
Aktres berusia 28 tahun itu juga berkata, dia tidak meletakkan sebarang syarat tertentu untuk watak selepas tampil berhijab sejak Disember tahun lalu.
“Sebenarnya sebelum ini pun saya tak pernah beri apa-apa kenyataan sebab saya belum bersedia lagi.
“Tapi sebelum saya bertudung atau sudah bertudung ke, saya sentiasa terbuka untuk sesuatu yang baharu.
“Jadi saya tak letak sebarang had (tawaran lakonan), selagi ia tidak melanggar atau keterlaluan… saya mahu terus mencuba,” katanya.
Mula menceburi bidang lakonan sejak berusia 13 tahun lagi, Nelydia berkata seiring dengan peningkatan usia, dia kini mahu mempelbagaikan watak agar dapat memberikan impak kepada penonton.
“Apabila usia semakin meningkat kalau boleh saya tidak mahu hanya melakonkan watak sama sahaja.
“Bukanlah bermaksud terlalu memilih cuma jika menerima sesuatu tawaran itu saya akan teliti dahulu agar watak yang diberikan boleh memberi impak kepada penonton,” katanya.
Drama terbaharu Nelydia, Khilaf Asmara turut dibintangi Fasha Sandha, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.
Khilaf Asmara yang diarahkan oleh Uchee Fukada ini akan mula bersiaran di slot Samarinda bermula pada 18 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Goo Hara ditemui mati di kediamannya di Cheongdam-Dong, lapor pihak berkuasa, sekitar jam 6.00 pagi waktu tempatan.
Bintang berusia 28 tahun itu sebelum ini sinonim sebagai bekas anggota kumpulan k-pop, Kara yang disertainya sejak 2008 lalu. Punca kematiannya masih dalam siasatan.
Mendiang dilaporkan kembali memeriahkan dunia seni sebelum dilapor pernah terlibat dalam kes percubaan membunuh diri, sehingga dikejarkan ke hospital, sekitar Mei lalu.
Terdahulu menerusi entri terkininya di Instagram, bintang itu ada berkongsi sekeping foto pada Sabtu dengan merakamkan aksinya di katil dengan kapsyen, “Selamat Malam”.
Dunia hiburan Indonesia kehilangan seorang lagi bintang apabila pelawak dan penyanyi, Nina Carolina atau lebih dikenali sebagai Mpok Alpa, meninggal dunia pagi semalam akibat...