Penyanyi Nourul Depp atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab ada memberikan dedikasi bersempena dengan ulang tahun anak ketiganya, Raphael Depp yang kini mencecah usia lima tahun.
Tulisnya menerusi Instagram, anak lelakinya yang kedua itu dilahirkan secara pembedahan.
“Masa ni (5:10pm) baru ja dia keluaq dari bilik opération kat Princecourt nu. Ya. Dengan si anak lelaki kedua ni kami kena belah pequt (perut).
“Dia pun keluaq awai. 34 minggu dia haqu nak tengok dunia dah! Kami kena placenta previa kat dia. So dia merasmikan keluaq kot tingkap.
“Apa apa pun tak kisahlah. Janji selamat. Masa tu punya lah risau kali pertama nak kena belah pequt. Penakut nak mampuih,” maklum Nourul.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kerana Terluka ini juga pada masa sama turut berkongsi, ada sesetengah ibu yang tetap mahu bersalin secara normal meski situasi tidak mengizinkan.
“Doktor aziz kata bersedia na. Memang kena sedia lah. Mana boleh paksa nak normal. Sat lagi naya ja tempah kain kapan kami. Nauzzubillah.
“Ada ibu yang degil na bila dia tau dia ada condition macam kami contohnya; dia takmau operate. Paksa jugak nak normal. Ada kes samada anak pi dulu atau mak dia yang gol. Jaga na. Jangan tak dengaq cakp doktor. Depa lagi tau.
“Alhamdulillah okay ja pun operate. Raphael dah 5 tahun dah. Syukur Alhamdulillah bersyukur sangat2 dengan kesihatan dan segala yang Allah bagi pada kami, pada Raphael dan sekeluarga.
“Awat hang putih sangat ?! Bila bawak berjalan orang tengok especially di france. Depa kata kami maid dari sri lanka. Happy birthday Raphael. Mama love you,” akhirinya.
Terdahulu, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp dikurniakan tiga cahaya mata. Wanita ini turut mempunyai anak perempuan, Ayu Nazirah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi dan komposer, Ajai.
Foto: Instagram Nourul Deep
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang juga kakak kepada Ruhainies, Nur Risteena menerusi Instagram yang dikemas kini ada berkongsi sepotong video ‘sweet’ yang merakamkan momen bersama tunang tersayang, Isa Khan.
Kongsinya, ia merupakan kenangan bersama ketika si tunang sedang berusaha untuk membuat kejutan bersempena majlis tunang mereka.
Risteena turut mendedahkan, gara-gara tidak mempunyai tidur yang cukup untuk menyempurnakan kejutan tersebut, Isa sampai terlelap ketika penerbangan pulang ke tanah air.
“Throwback semasa @theisakhan bertungkus lumus menjayakan surprise pertunangan kami di Bali. Masa tu dia langsung tak cukup tidur. Dia betul-betul bersungguh plan everything disana.
“Yes, he made it! Tapi dalam perjalanan balik ke Malaysia, terus gone dalam flight. Kesiannya dia. Heheh! Keluar air liur weyyyy.
“Kisah hidup saya dah macam Fairytale, kadang2 rasa macam Romeo & Juliet, kadang2 rasa macam Princess. Haih.. Terima kasih Cinta, kerana menjadikan impian saya satu kenyataan. Ye cinta kita luar biasa.
“Awak selalu bahagiakan saya. Semoga kita akan terus macam ni sampai bila-bila. Rasa macam nak ulang lagi setiap detik yang kita lalui sama-sama sekali lagi. I love you, Isa Khan,” tulisnya lagi.
Serentak dengan itu, para peminat turut memberikan komen pelbagai dan rata-ratanya turut mendoakan agar pasangan sama cantik sama padan ini cepat-cepat ke jenjang pelamin.
Pelakon Atikah Suhaime baru-baru ada memuat naik foto di Instagramnya yang melihatkan dia tampil dengan mini dress dalam rona pastel.
Seiring dengan foto tersebut, entri berkenaan turut dihujani komen netizen yang perasan akan perubahan fizikal pelakon itu yang kelihatan sedikit berisi.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.