Uncategorized

‘Jangan Mempersulit Agama, Lebih Baik Diam Dari Beri Nasihat Yang Salah’ – Fynn Jamal Pula Di Kecam Kerana Tidak Hias Anak Bagai Puteri

Share

Masih ingat tak dengan kisah Farah Lee, bekas isteri Ally Iskandar yang dihetam teruk kerana membiarkan anaknya berpakaian tidak mengikut syariat agama?

Kali ini Fynn Jamal terima nasib yang sama juga apabila mendapat teguran dan kritikan tentang cara pemakaian anaknya.

Namun agak berbeza ceritanya, jika Farah Lee ditegur kerana tidak menjaga batasan pemakaian anaknya, Fynn Jamal pula ditegur kerana terlalu ‘menutup’ dan tidak mendandan anak dengan pakaian ala-ala puteri.

Aduhhh! Kasihan…

Fynn yang serba keliru memberitahu dirinya sendiri pelik mengapa isu sebegini pula yang timbul.

Malah, Fynn juga berkata dari berbincang tentang aurat anak, lebih baiklah jika orang ramai berbincang perkara yang lebih penting seperti susu apa yang paling bagus untuk diminum, jenama stroller apa yang lebih power.

Dalam masa yang sama, Fynn turut menejur masyarakat yang sentiasa mengecam tentang pakaian anak selebriti dengan menjelaskan tidak ada tuntutan untuk anak yang belum baligh menutup aurat.

Fynn turut meminta orang ramai untuk jangan mempersulitkan agama dan jangan pandai-pandai disempitkan.

“this will never end. Selagi ada mulut. Takkan habis.

 

“Debat susu apa lagi bagus. ootd siapa lagi cantik. teknik mana lagi betul. stroller apa lagi power. Gile.

.
“Isu anak kecil perlu dipakai syariat itu aku rasa jelas hukumnya. tidak ada tuntutan utk anak yang belum baligh menutup auratnya.

 

“Jgn mempersulit agama الله. benda yg mmg dibagi kelonggaran— jangan pandai2 disempitkan.

 

“Tak salah kalau anak mau diajar sedari kecil— dgn harapan ia jadi kebiasaan. tapi jujurlah jawab bersaksi الله— apakah benar itu formula paling menjadi?” tulisnya dengan panjang di ruangan kapsyen di akaun Instagram.

 

Bukan itu sahaja, Fynn turut berkongsi sedikit kisah Rasulullah tentang adab menegur. Fynn turut berkata lebih lebih baik berdiam diri dari menyebarkan nasihat yang tidak tepat.

Malah, Fynn turut menasihati netizen untuk berjaga-jaga dalam pilihan perkataan apabila ingin menegur atau menasihati orang lain kerana baginya kalau benda yang disampaikan betul tetapi cara sampaian yang salah, dia tetap akan di anggap tidak betul.

Apapun MH setuju dengan pandangan Fynn Jamal. Memang benar, zaman sekarang ramai yang cuba berubah arah kebaikan tetapi lupa untuk menjaga ‘akhlak jari’ masing-masing.

Memang benar, jika teguran ada point tetapi disampaikan dengan cara yang salah, ia tetap akan dipandang hina. Malah, elok-elok ada mesej terus jadi sesuatu yang sebaliknya, betul tak?

 

IKLAN