Uncategorized

“Jangan Lupa Nasi Lemak,”- Diva Mariah Carey Sudah Tiba Di Malaysia Untuk Konsert Jelajah!

Share

Diva dan penyanyi popular dunia, Mariah Carey akhirnya tiba di Kuala Lumpur.

Beliau tiba di ibu kota untuk menjayakan konsert jelajahnya di Malaysia bertempat di Kuala Lumpur Convention Center pada 16 Oktober ini.

Berita ketibaannya itu telah dikongsikan Mariah menerusi entri terbaru di Instagram miliknya.

“Good Morning, Kuala Lumpur,” tulisnya.

Foto tersebut menunjukkan Mariah sedang bergambar di bilik hotelnya yang berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC.

Entri tersebut telah menarik perhatian seluruh peminat Mariah di Malaysia termasuklah artis-artis tempatan.

Rata-rata peminat begitu teruja apabila mengetahui ketibaan artis yang telah memenangi pelbagai anugerah Grammy itu.

Dalam pada itu, penyanyi Imran Ajmain juga sempat berseloroh mencadang Mariah supaya merasai nasi lemak masakannya

Foto: Instagram Mariah Carey

IKLAN