Semalam, pelakon, Nabila Huda ada berkongsi detik cemas menerusi ruang Instagram Story miliknya dengan memberitahu dia seolah-olah terlihat satu bayangan hitam di balkoni rumahnya.
Pada masa sama, Nabila dilihat berada didalam keadaan yang sangat takut sehingga menangis teresak-esak.
“I tak tahu wey, I macam nampak kelibat orang dekat balkoni.
“Macam nampak tadi ada bayang hitam dekat luar dia nampak besar. Dia black color I tak nampak. Dia pakai baju warna hitam.
“I dont know, just nampak shadow. Aku rasa macam pencuri. Wey, macam mana ni,” kongsinya.
Ads
Video tersebut nyata mengundang rasa cemas di hati para pengikutnya termasuklah rakan artis, Datuk Fizz Fairuz.
Menurut Fizz, dia berasa sangat risau melihat keadaan sahabatnya itu dan berharap ini bukanlah satu gimik.
Fizz turut dikatakan terus bergegas pulang ke rumah selepas isterinya, Datin Almy Nadia memberi tahu mengenai insiden tersebut.
Ads
“Yes aku tau kau seorang pelakon yang sangat hebat, tapi benda-benda yang boleh menjatuhkan jantung kawan-kawan ni memang lagi hebat.
“Benda tu lakonan atau kenyataan kami tak tahu, yang kami tahu kau kawan baik aku tau! Paham takkkkk… @kupu_kupu .
Ads
“Please jangan buat benda gimik macam ni, aku serba salah kalau aku tak bantu kau.
“Aku berlari balik rumah, bila @almynadiaofficial bagitau ada orang masuk umah kau. Paham tak perasaan aku sekarang Cik Abill. Thank you so much,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fizz menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap insiden yang menimpa anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu.
Sumber: Instagram Datuk Fizz Fairuz & Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Que Haidar ada berkongsi cerita mengenai kisah perihal kehidupan bersama peminat menerusi entri terkini miliknya di Instagram.
Menurut pelakon telefilem Pencipta Pegang Waktu ini, kita harus sentiasa tabah dan cekal meski menghadapi pelbagai ujian kehidupan.
Selain itu, pelakon berusia 41 tahun ini berpendapat, jatuh bangun dalam kehidupan merupakan satu perkara biasa yang sering berlaku.
“HIDUP… Hidup selalu punya cara untuk menjatuhkan impian kita..Impian itu terkubur dalam keputusan Dan dalam kesalahan masa lalu..Serta kepercayaan diri yang rendah.
“Ada masanya engkau merasakan hidup tidak bersahabat. Ketika semua yang sudah engkau bangunkan selama ini, Hancur dalam seketika.
“Jatuh bangun dalam kehidupan hanya Hal yang biasa. Kadang kita dibawah, kadang kita diatas, kadang kita dibawah lagi.
“Ketika kita berada pada titik terendah dalam hidup kita, Rasanya begitu menyakitkan.. begitu memalukan.. begitu menyedihkan..
“Hadapilah dengan keyakinan..Dan yang harus engkau tahu titik terendah bukanlah titik dimana engkau harus pasrah Dan menyerah,” tulisnya.
Seperti mana naskhah pertamanya sebelum ini, 7 Hari Mencintaiku 2 turut mencetuskan fenomena serupa di kalangan peminat drama tempatan.
Masakan tidak, setiap hari ada sahaja isu dibangkitkan yang sekali gus membawa drama ini trending di media sosial selain pengisiannya yang cukup menarik.
Malah, kehebatan para pelakon menjayakan watak masing-masing turut menyumbang kepada kejayaan ini.
Terbaru, pelakon, Wan Sharmila yang membawa watak sebagai Sofi ada memuat naik foto terbaru di akaun Instagram bersama gandingannya, Syazwan Zulkifly.
Menurut Sharmila, ramai diantara peminat gemar mendoakan dirinya agar dipertemukan jodoh bersama Syazwan yang melakonkan watak sebagai Hilmi.
“Wah wah, awak semua seronok meng Amin kan kami yerrr. Agaknya apa penghujung cerita Sofi & Helmi?
“Minggu akhir dah ni. Jangan lupa terus tengok #7harimencintaiku2 sampai episod akhir ya,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat telatah pelakon tersebut selian turut menzahirkan rasa sedih kerana drama tersebut bakal melabuhkan tirainya minggu ini.
Sebagai info, Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ditangkan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3 menerusi slot Akasia.
Sumber: Instagram Wan Sharmila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“New vlog post! D & F masak rendang for the first time. Nak tahu haru ke tak, tekan link in my bio! (or search DianaDanielleTV on Youtube,” tulisnyanya.
Video tersebut nyata menarik perhatian ramai yang teruja melihat Diana mengucup pipi Farid itu.
Malah, ada juga yang menyifatkan telatah pasangan tersebut mengingatkan mereka kepada penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suami, allahyarham Ashraf Sinclair.
Terdahulu, Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 November 2012.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Sumber: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...