Categories: Uncategorized

“Jam 9.01 Pagi, 30/08/2018 Lahirlah Anak Pertama Kami,” – Sharnaaz Ahmad Kini Bergelar Bapa Di Hari Jadi

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Sharnaaz Ahmad apabila isterinya, Noor Nabila telah pun selamat melahirkan cahaya matanya awal pagi ini. Lebih istimewa, rezeki zuriat yang diperolehi pasangan suami isteri ini juga merupakan ulang tahun ke-33 Sharnaaz sendiri.

“Thank you to my wife my everything and today thank you for your special gift for me as baba. I love you always and forever,” tulis Sharnaaz menerusi Instagram di entri sejambak bunga pemberian isteri. 

Terkini, pelakon drama rantaian, Cinta Bukan Kristal itu juga mengucapkan rasa syukur atas kelahiran bayi sulung mereka.

“Alhamdulillah syukur pada Allah yg maha kuasa…Hari ini pada jam 9.01 pagi, 30/08/2018 lahirlah anak pertama kami @noornabila,” kongsi Sharnaaz.

Pada masa sama, dia turut menitipkan rasa terbaru dan terima kasihnya atas ucapan semua.

“Terima kasih kepada rakan rakan dan sahabat semua atas doa dan ingatan.. maaf sy tak mampu balas semua msg msg semua.. Alhamdulillah sihat baby dan mommy pon sihat,” tulisnya sambil diiringi dengan tanda palang #BabyJ.

Terdahulu, Sharnaaz dan Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada usahawan, Neelofa telah pun mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Foto: IG Sharnaaz/ Noor Kartini

IKLAN