Uncategorized

Jalani Pembedahan, Jihan Muse Masuk Hospital

Share

Pelawak wanita yang sentiasa membuat kita semua tidak kering gusi dengan lawak dan gelagat spontannya, Jihan Muse telah di masukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.

Berita jihan dimasukkan ke hospital ini dikongsi oleh Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak yang merupakan penolong penerbit program MeleTOP di akaun Facebooknya.

Menerusi status perkongsiannya tertulis,

“Penangan trending #1 terus masuk hospital operate appendix kesiannya Akak Nuur Jihan Muse….. semoga cepat sembuh ye…..,” tulisnya.

Perkongsian ini juga disertakan dengan sekeping gambar Jihan yang sedang duduk di atas wheelchair dengan memakai pakaian yang disediakan oleh hospital.
Hide original message

Rata-rata pengikut pemilik Facebook ini telah meninggalkan kata-kata doa buat Jihan di ruangan komen.

Vicha Saywho: Gws babe Nuur Jihan Muse semoga operasi nya di permudah allah swt amin ?

Norbee Avil Shafaril: Get well soon zisss Nuur Jihan Muse..

Shazwin Mazlina: Get well soon Nuur Jihan Muse…

Nur Maziah Mafod:

Semoga cepat sembuh.. permudahkan segala urusan nanti….

Kami di MH Online mendoakan agar kesihatan Jihan kembali pulih seperti sediakala selepas pembedahan dijalankan.

Sumber: Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak

IKLAN