
Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembiran apabila memaklumkan dirinya sedang hamil anak kedua.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Hamid menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.
Menurut Intan, dia teruja apabila anak sulungnya, Imane Lunara bakal bergelar kakak tidak lama lagi.
“Lunara bakal menjadi seorang kakak. Keluarga kecil kami semakin bertambah dan kami kini bakal menjadi keluarga berempat,” tulisnya ringkas namun penuh makna.
Menerusi hantaran sama, pelakon drama Shah Alam 3000 ini turut berkongsi foto imbasan ultrasound buat tatapan umum.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain mendoakan agar Intan dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Berikut antara komen yang ditinggalkan netizen;
“Tahniah Datin, semoga dipermudahkan segala urusanmu.”
“Baby girl nak beranak lagi. Tahniah idola saya. Love you dan Lunara.”
“Jaga diri dan jangan lasak. Tahniah.”
“Wah, tahniah! Tak sabar nak tengok gelagat Lunara jaga baby nanti.”
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa