
Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sering berkongsi perihal anak dan keluarganya di Instagram.
Terbaru, Ozlynn ada memuat naik foto anak-anaknya yang sudah bersiap mahu ke surau.
Dalam masa sama, ibu beranak lima ini berasa bangga kerana ketiga-tiga anak lelakinya tampak kemas menyarungkan baju melayu.
“Pegi surau ensem2.. bangga mama.. jgn pegi jalan jek nak elok2.
“Nak “mengadap” pun kena elok.. kena beria2!! Sebab “DIA” yg kamu nak kena jaga syg2ku.. “DIA” adalah penyelamat kamu.. “DIA” penentu segalanya.
“Semoga “DIA” sentiasa melindungi HANANIA mama.
“P/s: tolong doakan abg Ariq cpt sihat ok.. demam n batuk.. korg semua kena jaga kesihatan.. jgn keluar umah kalau xde benda penting ok.. minom air masak bebyk,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Menerusi ruangan komen, netizen telah memberikan pendapat masing-masing.

Untuk rekod, Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq dan Moleiq.
Foto: Instagram Ozlynn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Pelakon, Hanez Suraya kini jarang kelihatan dikaca televisyen bagi memberi lebih fokus tanggungjawabnya sebagai isteri, serta bisnes tudungnya yang kian maju.
Malah, Hanez juga kini merupakan juru cakap untuk satu jenama produk kecantikan wajah.
Terbaru, Hanez telah ada berkongsi momen InstaStory di akaun instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 34 tahun itu telah memberi satu nasihat yang bermanfaat buat peminat.
“Apa-apa yang kita nak buat, pastikan KOLAM JIWA kita kena bersih. Baru kita boleh berjaya!!!,” tulisnya ringkas.
Semoga perkongsian Hanez ini dapat dijadikan panduan hidup kepada semua agar sentiasa berjaya.
Untuk rekod, Hanez dan suaminya, Romin Razin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Foto : Instagram Hanez Suraya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Baru sahaja tamat 24 episod drama popular Sweet Dreams, pelakon utama, Ben Amir menerusi entri terbaru menzahirkan penghargaan buat semua kru yang terlibat dan meluahkan ucapan istimewa buat Mira di atas kesudian menjadi pasangannya dalam drama ini.
“First of all I wanna say thank you kepada semua yang terlibat dalam penggambaran #DramaSweetDreams. Thank you Astro, @michaelang38 for believed in me untuk membawa watak Qash Adam.
“Thank you to all the crew, script writers, editors and casts yang berjaya mengidupkan watak masing masing dengan jayanya. Tidak lupa kepada semua peminat #DramaSweetDreams for your love and support yang tak henti since day 1 lagi.
“Thank you soo much ! Without you guys we are nothing I really appreciate every single one of you ! Sorry jika ada salah dan silap akan diperbaiki di masa hadapan. Special thanks to @mfmirafilzah for being an awesome sparring partner. Hope to work with you again soon. So I guess this is it guys, thank you again. .
Qash Adam signing off ,” tulisnya.
A post shared by BenAmirr (@benamirr) on Sep 5, 2019 at 8:11am PDT
Mira bagaimanapun membalas di ruangan komen dengan simbol bahasa isyarat yang bermaksud ‘I love you’.
Netizen nyata teruja dengan komen pelakon jelita ini dan rata-rata menegaskan faham akan maksud tersirat yang cuba disampaikan.
Lebih mengujakan, Ben dilihat hanya membalas ringkas dengan simbol yang sama.
Nampaknya besar harapan peminat mahukan kedua-duanya meneruskan percintaan ke alam realiti.
Foto : Instagram Ben Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Tidak mahu netizen terus berteka-teki, Raja Ilya menjelaskan pernikahan di Perth Australia lebih sembilan bulan lalu adalah melibatkan soal peribadi.
Tegasnya, bukan mudah buat keluarga pihak lelaki untuk menerima status baru suaminya.
A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
“Dipendekkan cerita ia mengenai isu keluarga dan atas sebab itu kami mengambil keputusan berkahwin di Australia.
“Tidak semua orang boleh menerima apabila seseorang itu menukar agama dan tidak semua yang bersetuju.
“Ia melibatkan keluarga di sebelah suami saya,” jelasnya ketika ditemui di majlis resepsi pasangan ini di Star Avenue Lifestyle Mall, pada Khamis.
A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Ulas pelakon Appalam ini lagi, kelewatan majlis resepsi yang berselang kira-kira sembilan bulan selepas akad nikah adalah disebabkan kekangan masa.
Malah, kelewatan tersebut juga bukanlah disebabkan oleh isu tajaan sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini.
“Kami mengambil masa sembilan bulan untuk adakan resepsi kerana tekanan masa. Saya sangat sibuk dengan jadual lakonan dan hanya ini sahaja masa yang ada.
“Saya juga mengambil masa dalam usaha untuk kuruskan badan sempena resepsi, saya mahukan yang terbaik untuk momen bersejarah ini.
“Mengenai isu tajaan seperti yang ditanya, saya tidak tahu menahu mengenai hal itu.
“Perkara tersebut tular dalam sehari dan selepas itu saya tidak tahu akan apa perkembangannya dan kami tiada kerjasama dengan mana-mana pihak mengenai bulan madu,” jelasnya lagi kepada MH.
A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Sementara itu, Raja Ilya yang tampil bak Cinderella pada majlis resepsi turut berkongsi jumlah tajaan kira-kira RM10 juta.
Ia termasuk dua majlis yang dilangsungkan di Kuala Lumpur dan terang Ilya, dia sendiri tidak menyangka ramai pihak yang tampil menyatakan kesudian untuk bekerjasama.
“Saya sendiri baru tahu jumlah sebenar kedua-dua majlis adalah sekitar RM10 juta.
“Jujurnya, ini pertama kali dalam hidup saya mendapat tajaan sebanyak ini. Terima kasih buat semua yang sudi menaja majlis resepsi dan berinai kami.
“Saya sendiri terharu menerima banyak tajaan dan ini pertama kali dalam hidup,” tuturnya mendedahkan perhiasan Habib Jewel yang dipakai bernilai RM2.2 juta.
Pada masa sama, aktres berusia 34 tahun ini turut mengakui belum terfikir soal anak memandangkan fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya dan suami terlebih dahulu.
“Kami percaya pada rezeki, cuma masa ini kami tiada perancangan lagi. Ditambah dengan susunan jadual yang sangat padat.
A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
“Lagipun kami ada juga mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan yang sudah pun mempunyai anak,” katanya yang akan berbulan madu di Langkawi bersama kedua-dua belah keluarga selepas ini.
Ilya dan Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

