Uncategorized

#MHSpeku: Izreen Azminda Deactivate Akaun Instagram?

Share

Sekarang ini tengah panas isu kontroversi yang melibatkan pemain muzik, Ude Wahid yang telah memfailkan pemohonan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan Liana kelmarin.

Terdapat pelbagai spekulasi timbul selepas tersebarnya berita itu. Nampaknya menerusi ruang komen di Facebook Media Hiburan sendiri ada netizen yang mendakwa punca Ude memfailkan penceraian adalah disebabkan oleh isteri keduanya yang merupakan seorang pelakon popular, Izreen Azminda.

Namun begitu Izreen menerusi satu sumber telah menjelaskan bahawa dia tidak tahu menahu punca sebenar mengenai hal suaminya memfailkan cerai terhadap isteri pertama.

MH cuba untuk meninjau akaun Instagram milik Izreen namun malangnya akaun pelakon ini didapati sudah tidak aktif.

Hal ini membuatkan MH tertanya-tanya apakah yang menyebabkan Izreen ‘deactivate’ akaun Instagramnya?

Adakah kerana terlalu banyak kecaman yang diterima olehnya dari netizen? Namun sejauh mana kebenarannya tidak pula MH tahu.

Apapun MH doakan yang baik-baik sahaja buat pelakon ini. Mungkin dia hanya ingin diberikan sedikit ruang dan tindakannya untuk deactivate akaun Instagram hanya untuk sementara waktu sahaja.

MH harap netizen di luar sana tidak mengasak pelakon ini dengan kecaman kerana dikhuatiri apa yang keluar dari mulut korang adalah satu fitnah.

Sumber: Facebook Media Hiburan & Instagram Izreen Azminda

IKLAN