
Selepas mengumumkan perancangan membuka restoran pertamanya iaitu Rembayung, pempengaruh dan usahawan terkenal Khairulaming menerima pelbagai reaksi sama ada positif dan sebaliknya.
Namun, Khairulaming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman memohon agar orang ramai dapat memberikan ruang untuknya mengurus dan mengembangkan bisnes yang baru diceburi ini.

“Saya faham ada banyak persoalan yang keluar. Kenapa lokasi di situ, kenapa sistem reservation, kenapa invest sebanyak ni, macam mana nak cuci cermin kaca, kenapa pakai pokok plastik, akan pakai ayam organic ke nanti, kenapa ceiling tinggi, kenapa ambil risiko besar dan sebagainya.
“Saya hargai semua maklum balas cuma saya mohon bagi ruang untuk saya cuba berniaga dahulu.
“Ini percubaan saya untuk kembangkan F&B tempatan secara ‘offline’. Saya faham ini pelaburan yang besar dan risiko tinggi tapi izinkanlah saya mencuba,” tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi aplikasi Thread.
Walaupun nilainya mencecah RM4 juta, anak jati Kota Bharu ini tetap bersedia mengambil risiko tersebut dan mahu pengalaman ini menjadi panduan buat para usahawan baharu.

“Ada yang buat kiraan saya akan gagal. Ada yang cakap saya tak fikir panjang. Ada yang cakap saya menyusahkan orang. Ada yang cakap ini semua sia-sia.
“Saya tak minta pujian cuma saya mohon doa perniagaan ni dipermudahkan. Apa kejayaan yang dapat, apa kesilapan yang saya buat, semua saya share kepada orang ramai untuk bagi peniaga-peniaga kecil lain belajar dan ambil sebagai inspirasi.
“Gunakan risiko besar yang saya ambil ni sebagai tempat kita semua belajar dan kembangkan lagi bines tempatan kita,” kongsinya lagi.
Risiko Besar Dijadikan Pelajaran & Inspirasi
Malah, Khairulaming mengakui dirinya sudah terbiasa dengan pelbagai maklum balas sejak bergiat aktif menghasilkan konten selama lebih 10 tahun.
Namun, dia bimbang komen-komen sebegitu mungkin mematahkan semangat usahawan kecil yang baru hendak bermula.

“Saya bersyukur sebab dah terbiasa baca maklum balas orang ramai selama 10 tahun ni dan saya okay dengannya.
“Tapi untuk orang lain yang baru nak mula berniaga, akan ada yang akan takut nak mula bila baca semua feedback macam ni.
“Saya mohon kalau nampak peniaga kecil lain baru nak mula, bagilah sokongan kepada mereka. Berilah ruang untuk mereka bermula dan menyinar di negara kita.
“Saya mohon jasa semua doakan perjalanan Rembayung ini dipermudahkan nanti. Terima kasih kepada diatas keperihatinan anda,” kongsinya lagi.
Beberapa hari lalu, Khairulaming berkongsi berita gembira mengenai pembukaan restoran Rembayung di Kampung Baru, Kuala Lumpur iaitu sebuah restoran yang memfokuskan masakan Melayu sebagai identiti utamanya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Khairulaming
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




