Uncategorized

Izara Aishah Sah Bergelar Isteri!

Share

Jutaan tahniah dari team MH untuk Izara Aishah dan pasangannya Adib Khalid yang telah selamat dinikahkan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal dengan sekali lafaz.

Izara kelihatan sungguh anggun dengan persalinan serba putih dipenuhi dengan kilauan manakala Adib pula nampak sungguh segak dengan persalinan baju melayu.

Dengan mas kahwin sebanyak RM700 dan hantaran sebanyak 5 berbalas 7, Izara kini sah bergelar isteri kepada Adib

Majlis nikah yang dikendalikan oleh pengacara Awal Ashaari di sambut dengan cukup meriah.

 

 

SUMBER GAMBAR : iNSTAGRAM – #Adibizara

IKLAN