Terdahulu, kecoh isu yang mengatakan pelakon jelita, Izara Aishah kecewa apabila kerjayanya terjejas hanya kerana tidak kerap mengupdate status di sosial media.

Namun begitu, selepas Izara memuat naik luahan hatinya di laman Twitter, ramai pengguna Twitter memberi semangat dan kata-kata positif kepada pelakon jelita ini.

Izara Aishah Minta Netizen Unfollow Sekiranya Tidak Suka

BACA JUGA> ‘Ada Yang Tak Terima Saya Kerana Tak Selalu Update Social Media’ – Izara Aishah

Nampaknya sejak kejadian ini, Izara kelihatan agak kerap berkongsi segala update tentang kehidupannya. Malah Izara turut memuat naik beberapa gambar perkahwinannya.

IKLAN

Apa yang melucukan, Izara turut menggunakan hashtag yang agak mencuit hati dengan menyelar segala kata-kata netizen tentang pakaian pengantin yang pernah dipakainya.

“#NewUpdate #latestUpdate #Updating #mauSangatkan #Ambik #SilaTengok #RotiTissueKeAlasMejaKeJanjiAkuPuasHatiDanHalal”

“Spamming here because if you don’t like you can keep scrolling or unfollow.” Tulisnya dilaman tersebut.

Izara turut memuat naik gambar perkahwinanya dikatakan seperti roti tisu dan alas meja. Menurutnya roti tisu ataupun alas meja, asalkan kini dia dan suami, Adib Khalid sudah menjadi suami isteri yang sah.

IKLAN

Izara Aishah Minta Netizen Unfollow Sekiranya Tidak Suka

Izara Aishah Minta Netizen Unfollow Sekiranya Tidak Suka Izara Aishah Minta Netizen Unfollow Sekiranya Tidak Suka Izara Aishah Minta Netizen Unfollow Sekiranya Tidak Suka

Rata-rata netizen memuji izara dan puas hati membaca hashtag yang ditulis Izara. Live life passionately and be happy Izara!

IKLAN

Izara Aishah Minta Netizen Unfollow Sekiranya Tidak Suka

Biasalah apabila sudah menjadi public figure, kita tidak terlari daripada menjadi perhatian ramai.

Sudah tentu, peminat inginkan artis kesayangan mereka selalu mengemas kini kehidupan mereka di laman sosial kerana dengan ini sahaja mereka dapat mengenali artis itu dengan cara lebih dekat.

Namun MH faham apa yang Izara rasakan. Kadang-kadang selebriti pun sama seperti orang biasa. Tak perlulah nak mengharapkan mereka update media sosial 24 jam. So kita semua kena chill okay!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI