Categories: Uncategorized

“Iye Awak Saya Dah Single,” – Tertera #jandamuda, King Coco Kini Jalani Kehidupan Sebagai Wanita Solo

Share

King Coco kembali menjadi perbualan wargamaya selepas bintang media sosial itu menjelaskan mengenai status perkahwinannya.

Menurut pemilik nama lengkap Marshaira Ismail ini, dia sudah berpisah dengan suami, Azrin Anas Abdul Shukor.

Malah menerusi Insta Stories di Instagram, Coco dilihat turut mengesahkan mengenai dirinya yang kini menjalani kehidupan ‘single’.

“Iyeee awak saya single. Jangan risau kali ni

Saya tak nak suami org.. hahaha. Ehh jap tapi nak jadi bini no 4 je. Cukup lah. Sanggup tak madumadulicious dgn ai.

“Gurau lahhh. Bf pun takde macam mana…,” seloroh Coco

Dalam satu status berlainan, Coco turut menulis #jandamuda pada sekeping foto.

Imbas kembali, Coco dan bekas suami, Azrin Anas berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dia sebelum ini menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial kerana gaya percakapan pelat.

Malah, pendedahannya yang mengaku lahir dari banyak darah campuran dalam keluarga turut mencuri perhatian ramai.

IKLAN