“The one and only human on earth yang boleh handle nabila huda without complaining, marah atau cemburu. He is the only person yang tidak pernah paksa Nabila Huda untuk berubah. He is the only person yang terima nabila huda seadanya.
“He never judge me. Buruk atau baik, dia sentiasa senyum. Dia adalah lelaki yang paling penyabar. Dia la lelaki yang paling sopan santun bila bercakap dengan orang. Very humble. Tak pernah sekali dia tinggikan suara. I’ve changed to a better person because of him. Tanpa dia suruh, tanpa dia paksa,” tulisnya.
Ads
Luahan tersebut dikongsikan oleh pengacara program, Melodi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang ini anak ini turut menyifatkan suaminya itu juga tidak pernah berkira terutamanya dalam melakukan kerja-kerja rumah.
“Dalam tak sedar, saya ikut cara awak. You’ve changed me a lot. You’ve changed my lifestyle. He cook for me, he clean the house, dia basuh baju, lipat kain, semua kerja rumah dia buat. Dia adalah lelaki yang menjalankan tanggungjawap sebagai seorang suami dengan betul. He is one of a kind.
Ads
“I am thankful to have you in my life sayang. Thank you jaga saya dan keisha dengan baik. Dulu saya selalu berdoa untuk hidup dalam keserdehanaan tapi ada keluarga yang sempurna dan bahagia. Allah makbulkan doa saya. Allah hadirkan awak dalam hidup saya,” jelasnya lagi.
Katanya lagi, dia juga mahu memanfaatkan setiap waktu yang terluang untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama suaminya itu.
Ads
“Walaupun saya tahu, bahagia kite bersama ni, hanya sementara je kat dunia, saya akan nikmati waktu yang saya ada untuk bersama dengan awak as much as i can. Saya akan terus menyusahkan hidup awak, pakai awak secukup-cukupnya selagi boleh! Jaga-jaga cik salmah..more to years come!haha.
“Happy birthday to the sweetest man on earth,Mohd izwan bin johar! Me and keisha loves you so much..(Sorry tertidur pulak patutnya 12am nak wish🤣),” akhirinya.
Terdahulu, Nabila dan Izwan telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 25 Disember 2015 dan aktres itu juga turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia 11 tahun hasil perkahwinannya yang pertama.
Sumber: Instagram Nabila & Izwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas pelawak, Tauke menafikan dirinya sebagai individu yang ditahan pihak berkuasa selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks, kini Shahrul Shiro pula tampil memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.
Ini kerana menurut Shahrul, ada segelintir netizen telah membuat andaian dengan terus menuduh dirinya tanpa usul periksa sebagai individu yang ditahan bagi membantu siasatan.
Menerusi entri di akaun Instagram, pelawak berusia 37 tahun itu menafikan sekaligus menyangkal dakwaan berkaitan.
“Beberapa sahabat bertanya adakah itu sy dan sy telah menjelaskan “ITU BUKAN SAYA”.
“Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yg komen2 terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari sy dan fokus pada dosa2 yg lain kerna sy dah memaafkan anda.
“Buktinya sy masih umur bawah 40an, muda kan. Sekian terima kasih kerna mengambil berat pasal sy
#AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender,” tulisnya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak terkenal telah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ahad lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.
Serentak dengan itu, warganet mulai berteka-teki mengenai siapakah gerangan pelawak yang telah ditahan bagi membantu siasatan.
Foto: Instagram Shahrul Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Pak Nil mengenang kisah sensasi yang pernah membabitkan penyanyi arwah Siti Sarah Raissuddin sebelum ini.
Perkara itu dikongsikan Aznil menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di Insta Stories miliknya.
Difahamkan, sebelum ini ada segelintir warganet yang seolah-olah memberikan kata-kata negatif kepada arwah dan suaminya, berhubung perkara tersebut.
Lalu, Aznil menasihati semha untuk sentiasa menjaga pertuturan dan tidak bercakap buruk kepada orang lain seterusnya mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.
“Yang pernah kutuk dan fitnah sarah masa kes macau scam aritu sekarang faham tak erti satu kemaafan? Dan faham tak erti kelewatan meminta maaf?
“Tu sebab jangan bercakap dari mula-mula. Diam lebih baik. Hanya Sarah yang boleh maafkan kamu. Sekarang orang yang nak memaafkan kamu sudah tiada? Allah tak boleh maafkan kamu.
“Oleh itu, berhenti lakukan pada orang lain selepas ini,” tulisnya.
Foto: Instagram Aznil Haji Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, Ajak berkongsi cerita ketika dia ternampak seorang individu yang berkerja sebagai penghantar makanan (rider) sedang mendirikan solat.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku satu di bahu jalan di sekitar kawasan perumahan hos berkenaan.
Menurut Ajak, ia berlaku dan dilhat secara tak sengaja, yang mana ketika dia dalam perjalanan pulang dari berjoging.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya itu, Ajak turut kagum dengan keperibadian individu terbabit.
Lalu, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak memohon ramai agar mendoakan kesejahteraan buat individu terbabit.
“Office Ajak dengan rumah dekat sangat. Haritu masa tengah jogging nak balik,ternampak Abg ni solat kat tepi jalan.
“Kebetulan keadaan sunyi waktu tu. Jadi Ajak tolonglah jagakan belakang Abg tu takut kalau2 anjing liar datang kacau. Sebelum habis dia bagi salam Ajak terus jalan.
“Mungkin Abg ni xtau Ajak rakam dia. Maaf Bang, tau Abg xnak tunjuk. Tapi saya kagum dan saya yg nak kongsi. Sama2 kita doakan rezeki Abg ni. Korang kalau ada masa tu sempat2kanlah eh,” tulisnya.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.