Categories: Uncategorized

“Itu Bukan Love Bite!,” Siti Elizad Jawab Isu Tanda Merah Di Leher

Share

Kecoh di laman sosial apabila pelakon tinggi lampai, Siti Elizad memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram yang menimbulkan tanda tanya ramai.

Ada yang mendakwa, terdapat kesan tanda berwarna merah pada lehernya, dipercayai sepertinya ‘gigitan cinta’ (love bite).

Gambar tersebut turut dihujani dengan pertanyaan dari netizen.

Rata-rata netizen telah membuat andaian sendiri dan meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.

Walaubagaimanapun, Elizad menafikan perkara tersebut.

Sebaliknya, ia hanyalah sekadar untuk melengkapkan jalan cerita untik sebuah drama.

“Itu hanya shooting cerita Setan Dalam Poket je coming soon kat Astro Citra,” katanya ketika dihubungi MH.

Drama Setan Dalam Poket akan disiarkan di Astro Citra tidak lama lagi arahan Melissa Saila dan dibintangi pelakon Ungku Ismail, Wan Hanafi Sue dan Rashidi Ishak.

Jadi, jangan cepat buat andaian sendiri yang akan menjatuhkan fitnah seseorang ya semua…

Foto : Instagram Siti Elizad

IKLAN