Selepas memaklumkan berita gembira mengenai kandungannya yang kini sudah pun mencecah usia enam bulan, Izara Aisyah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video pendek di Instagram.
Mengenakan gaun labuh rona hitam, pelakon Ombak Rindu The Series itu dilihat mengusap-ngusap perut hamilnya.
“#itstrue #6months,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Ads
Terdahulu memetik Harian Metro, bintang yang dijangka bakal melahirkan anak sulung April depan itu merakamkan rasa syukur apabila doanya untuk mendapatkan zuriat dimakbulkanNya.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya dan suami. Pastinya berita sebegini ditunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin.
“Cuma, sebelum ini saya dan suami memang merancang. Kalau boleh pada awal perkahwinan kami ingin menikmati momen berdua dulu.
Ads
“Apabila disahkan mengandung, tentu saja ia sesuatu yang menggembirakan. Tapi, saya simpan dulu sebab masih terlalu awal nak berkongsi.
“Apa saja boleh terjadi ketika itu. Jadi sekarang ini waktu sesuai untuk berkongsi. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Izara dan suaminya, Adib Khalid mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 600,000 kali.
Pelakon senior, Zarina Zainuddin sering berkongsi cerita dan perkembangan kembar istmewanya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.
Kongsi pelakon berusia 49 tahun itu, meski menghidap autisme Azal tetap berusaha menunaikan tiang agama.
Selain itu, pelakon drama Camelia ini turut berkongsi cerita mengenai gelagat sikap anaknya yang gemar berjenaka dan menghiburkan.
“Azal ni walau anak autism tapi dia tahu solat tu wajibAllhamdulillah anak2 saya semua dah solat kecuali azil kadang dia ikut ikut solat pastu lari tepi tengok tv.
“Azil saya tak paksa dia solat tapi azal saya tetap suruh dia buat cuma bila time time uzur macam ni saya kena terangkan elok2 bagitahu yang perempuan akan ada uzur sebulan sekali kadang kadang 3 minggu sekali bergantung pada seseorang.
“Tapi jawapan azal bila saya uzur ibu ni asik period jer makan ubat la jangan bagi keluar periodtunggu laa azal tak lama lagi ibu monopous jugak,” tulisnya menerusi salah satu entri di akaun Instagram miliknya.
Tiada pengubat bagi kerinduan paling dalam kepada ibunda yang telah pergi.
Jelas anak pengasas produk kecantikan Dnars iaitu Iqbar Hakim Jasman ini, setiap kali kerinduan datang menerpa, hanya foto dan memori teks perbualannya bersama arwah ibu jadi pengubat rindu.
“Setiap kali rindu arwah, saya hanya mampu tengok gambar dan sedekahkan Al-Fatihah. Mesej saya dengan arwah sehingga hari ini saya simpan sebab banyak pesanan di dalamnya.
“Walaupun jasadnya sudah tiada, namun jiwa ibu dalam jiwa saya,” jelasnya kepada MH.
Sementara itu, Lelaki berusia 22 tahun ini sempat imbau kenangan sewaktu kecil di mana dia dan arwah hidup susah senang senang bersama.
Malah, memori kereta ditarik dan tiada wang untuk membayar sewa rumah cukup kuat terpahat di ingatan.
“Arwah ibu bukan berasal daripada orang senang dan saya sendiri sempat merasai kesusahan bersamanya. Bagi arwah, membesarkan saya bukanlah satu tugas mudah dengan keadaan rumah tangga yang retak, besarkan saya sebagai ibu tunggal, kereta kena tarik, tak ada duit bayar cukai jalan, tak dapat bayar sewa rumah.
“Tetapi ibu tetap kuat kerana anak-anak. Selepas ibu berjumpa dengan ayah tiri, Tuan Haji Rizal, waktu itu mereka sama-sama bina perniagaan dan syukur berjaya sehingga ke hari ini,” katanya.
Usahawan muda ini bercerita ketika ditemui pada majlis minum petang Top Beauty Entrepreneur 2020 bersama majalah Nona di Mercu Mustapha Kamal, pada Selasa.
Biarpun masih terlalu mentah dalam dunia perniagaan, namun berkat didikan arwah yang sering ‘mengheret’nya ke hulu ke hilir demi memberi pendedahan, anak sulung daripada lapan beradik itu kini lebih yakin terajui legasi bisnes ibunya.
“Sejak dahulu ibu selalu heret saya untuk fahami selok belok dunia perniagaan kosmetik. Jujurnya saya tidak minat, saya memang minat berniaga tapi bukan dalam bidang kosmetik.
“Hakikatnya, jalan yang Allah tetapkan cukup cantik. Dalam masa setahun dia ajar saya dan harus akur, di sinilah cerita saya selepas ibu meninggal dunia.
“Alhamdulillah adik-adik semua memahami. Cuma adik-adik yang besar agak sukar kerana mereka sedang membesar lebih-lebih lagi adik perempuan.
“Nak jaga adik perempuan bukan senang, dan bila orang tanya bila saya nak kahwin, jawapan saya, tunggu adik perempuan saya kahwin dulu,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Iqbar menerima pengiktirafan Inspirasi Nona Beauty Award bagi pihak arwah ibunya, arwah Faziani Rohban Ahmad di majlis berkenaan.
Foto : Instagram Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Video parodi yang melakonkan kembali gelagat penyanyi, Elly Mazlein yang diterjemahkan sebagai ‘Kak Lina Apom’ di MeleTOP baru-baru ini menjadi perhatian netizen.
Sekaligus, ia menjadi perbualan hangat di laman media sosial di kalangan peminat. Kak Lina Apom menerusi parodi berkenaan ditemuramah wartawan mengenai bakal suaminya.
Watak wartawan pula dilakonkan oleh pelawak dan hos, Jihan Muse.
Video parodi tersebut ditayangkan bersama penonton menerusi rancangan hiburan MeleTOP, Selasa lalu.
Pada masa yang sama, pelakon Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom turut diundang sebagai tetamu jemputan rancangan tersebut bersama suami, Mohamad Azlan Che Noh.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat terhibur apabila menonton video parodi tersebut.
Malah, netizen turut memuji lakonan Shiha yang sangat humor dan menghiburkan.
Alahai, memang kelakar habis gelagat Shiha dan Jihan dalam video parodi MeleTOP ni.
Video: YouTube MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.