Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan foto-foto keadaan di Aeon Tebrau apabila kelihatan banyak troli-troli yang dipenuhi dengan bahan makanan mentah dan lain-lain tersadai begitu sahaja.

MH difahamkan keadaan tersebut berlaku apabila ada masyarakat berpusu-pusu menyerbu pasar raya berkenaan apabila terdengar bahawa ada individu yang ingin membayar harga barangan tersebut.

Namun begitu, mungkin kerana mereka datang lewat dan terlepas peluang keemasan tersebut membuatkan troli-troli tersebut dibiarkan bergelimpangan sedemikian rupa.

‘Its Disgusting!’ -Respon Chef Wan Terhadap Isu Berlaku di Aeon Tebrau

Ads

Berikutan itu, chef selebriti, Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail meluahkan rasa kecewanya mengenai hal tersebut di laman Instagram miliknya.

“I felt shocked looking at all this stuff. Yang pasti ini semua boleh juga mengundang ramai lagi manusia-manusia yang bersikap tamak haloba melayan nafsu mereka.

“Its disgusting. Of course tak semua bersikap begitu melainkan menerima sedekah itu. Everytime bila berada di Mekah waktu musim Ramadan saya selalu perhatikan apabila manusia ini beri pelbagai makanan dan kurma ramai jemaah yg berebut rebut.

“Ada yg ambil berbeg beg and abused what is being donated. Dari jauh saya pandang sambil mengeleng kepala.

“I will not take anything pun as I knew deep inside biar la makanan itu diagihkan kepada manusia-manusia yang lebih susah,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dalam isu bersedekah ini seharusnya masyarakat mengutamakan mereka yang ‘fakir miskin’ dan juga orang susah.

Ads

“Ada la lebih baik kita berkorban untuk fakir miskin yg lebih memerlukan dari saya yang mengambilnya. Banyak mana nak makan pun.

“Each time saya berbuka di dalam masjid 2 biji tamar dan Air zam-zam dah pun saya rasa bersyukur dan kenyang pun.

“Begitu la kuasa Allah yg menjaga perut dan hati manusia yg banyak bersabar serta melawan hawa nafsu kita dan berkorban untuk tidak makan berlebihan pun.

“Manusia yg tamak dan gelojoh pulak akan berbuka satu meja penuh makanan di akhirnya banyak yg di bazir kan juga.

“Yang sedih ramai pulak rakyat Msia yg juga berebut. Ada yg cerita lepas balik Umrah tak payah beli kurma lagi sebab dah berbeg di bilik itu yg mereka ambil tiap-tiap hari.

Langsung tak ada rasa malu sedikit pun. Memang betul Allah kata ada la lebih baik tangan yang memberi dari tangan yang menerima pun,” tulisnya lagi

Oleh itu, Chef Wan mengharapkan agar netizen dapat belajar daripada insiden ini.

“But look at all this… Mana tidak seumpama kita mengantuk di sorong kan bantal. Free la kata kan. Lets race for this!

“There so many more unfortunate people in this world that deserve this gift. Indeed we do have so much to learn in this life. Salam Jumaat to everyone,” tulisnya.

I felt shocked looking at all this stuff. Yang pasti ini semua boleh juga mengundang ramai lagi manusia2 yg bersikap tamak haloba melayan nafsu mereka. Its disgusting and wasteful. Off course tak semua bersikap begitu melainkan menerima sedekah itu. Everytime bila berada di Mekah waktu musim Ramadan saya selalu perhati kan apabila manusia ini beri pelbagai makanan dan kurma ramai jemaah yg berebut rebut. Ada yg ambil berbeg beg and abused what is being donated. Dari jauh saya pandang sambil mengeleng kepala. I will not take anything pun as i knew deep inside biar la makanan itu di agih kan kepada manusia2 yg lebih susah. Ada la lebih baik kita berkorban untuk fakir miskin yg lebih memerlukan dari saya yg mengambilnya. Banyak mana nak makan pun. Each time saya berbuka di dalam masjid 2 biji tamar dan air zam2 dah pun saya rasa bersyukur dan kenyang pun. Begitu la kuasa Allah yg menjaga perut dan hati manusia yg banyak bersabar serta melawan hawa nafsu kita dan berkorban untuk tidak makan berlebihan pun. Manusia yg tamak dan gelojoh pulak akan berbuka satu meja penuh makanan di akhirnya banyak yg di bazir kan juga. Yang sedih ramai pulak rakyat Msia yg juga berebut. Ada yg cerita lepas balik Umrah tak payah beli kurma lagi sebab dah berbeg di bilik itu yg mereka ambil tiap2 hari. Langsung tak ada rasa malu sedikit pun. Memang betul Allah kata ada la lebih baik tangan yg memberi dari tangan yg menerima pun. But look at all this… Mana tidak seumpama kita mengantuk di sorong kan bantal. Free la kata kan. Lets race for this!? There so many more unfortunate people in this world that deserve this gift. Indeed we do have so much to learn in this life. Salam Jumaat to everyone.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Ads

MH pun terkejut melihatkan foto-foto yang menjadi viral tersebut. Apa-apapun, rakyat Malaysia kan pantang dengar ayat free…mesti semua nak kebas.

Harapnya, netizen dapat belajar daripada insiden ini.

sumber: IG Chef Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI