
Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berkongsi luahan perasaan menerusi aplikasi Threads, menyatakan kerinduan terhadap Allahyarham ibunya, Junainah Hashim.
Meski pun menulis status ringkas, namun ia nyata mengundang menjentik rasa dalam kalangan pengguna Threads lainnya.
Menurut Scha, sehingga kini dia masih belum mampu membuang satu tabiat lama setiap kali keluar negara atau sebaik sahaja kapal terbang mendarat, iaitu menghubungi ibunya.
Walaupun sudah setahun pemergian insan tersayang itu, rutin tersebut masih sukar untuk dihentikan.
“Satu habit yang susah nak ditinggalkan, bila travel or touch down mesti nak call Ma. It’s been a year tapi susah nak break it,” kongsi Scha.
Dalam pada itu, apa yang ceritakan isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu turut ramai, apabila ada yang memahami perasaan kehilangan seorang ibu.
Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman serupa. Antaranya;
“Tahun ni my mom dah 4 tahun pergi tapi still tiap kali ada something nak share mesti nak WhatsApp ibu. Pastu baru teringat ‘eh ibu kan dah takde’.”
“Sweetnya you. May Allah give you many-many strength.”
“Samalah even kita dah 38 tahun mana-mana pergi mesti update. Kalau tak update, mak aku mula lah dia bebel. Even aku dah tua bangka mesti kena update dia macam update laki.”
“AlFatihah… semoga mak sis tenang di sana. Saya faham dan sedang melalui yang sama.”
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 3,700 tanda suka.
Sebagai informasi, Allahyarhamah Junainah meninggal dunia pada 7 Disember 2024 di Hospital Pantai Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.