Categories: Uncategorized

“It’s Baby Girl,”- Betty Rahmad Hamil, ‘Dukun’ Umie Aida Buat Firasat Sendiri

Share

Tidak sabar rasanya untuk menunggu kelahiran bayi comel Betty Rahmad dan suaminya, Ardy Damis kerana ini merupakan cahaya mata sulung buat pasangan ini.

Terbaru, Betty telah memuatnaik status di IG Storiesnya apabila Umie Aida ‘mengusik’ adiknya itu dengan cara mengikut firasat sendiri mengenai jantina bayi Betty.

“Mengikut firasat ku… Betty akan dapat baby girl…”

Meskipun belum tahu jantina kandungannya lagi, namun Betty hanya melayankan sahaja ‘firasat’ kakaknya itu dan berharap agar semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Tak kisah pun baby boy atau baby girl, yang penting baby berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

MH doakan agar semuanya dipermudahkan dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

IKLAN