Uncategorized

Its A Boy! Putera William Dan Kate Middleton Timang Anak Ketiga

Share

Penantian berakhir apabila Kate Middleton selamat melahirkan anak lelaki jam 11.01 semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh kenyataan daripada Kensington Palace menerusi laman Twitter.

“Duli Yang Teramat Mulia, ‘Duchess of Cambridge’ selamat melahirkan anak lelaki jam 11.01 pagi semalam dengan berat 3.8KG.

“Selain itu, ‘Duke of Cambridge’, Putera William turut ada bersama saat kelahiran putera mereka.

“Kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat,” tulis kenyataan tersebut.

Menurut media tempatan, sejurus pengumuman rasmi dilakukan, Putera William membawa dua anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte ke hospital untuk bertemu dengan adik mereka.

Bagaimanapun, pihak mereka masih belum mengumumkan nama putera kedua mereka itu.

“Anda semua akan tahu tidak lama lagi,” kata Putera William.

sumber: Enews!

IKLAN