Baru-baru ini, tular di laman media sosial Twitter apabila ada seorang individu yang telah berkongsi foto bintang senior, Norlia Ghani dan pelakon Kavitha Sidhu.
Bukan itu, perkongsiaan yang berunsur penghinaan itu telah mendapat perhatian meluas daripada netizen.
Lalu, Kavitha telah memberikan respon mengenai perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang berusia 49 tahun itu berharap agar netizen untuk bersikap sentiasa menghormati orang lain dan menjaga tatasusila.
“Now more than ever, we need to be kind to each other.
Ads
“Feeling so bad when I read a now viralised tweet about Puan Norlia Ghani and I.
“Please stop demeaning anyone. Respect her as a senior, a veteran film star, as someone’s mother.
Ads
“Stop retweeting dishonouring another woman. How would you like it if netizens say hurtful things about your mother, your aunt, your friend ?
“Please be mindful of what we say. Puan Norlia Ghani is my friend’s mother. Thank you,” tulisnya dalam berbahasa Inggeris.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pandangan dan pendapat mengenai perkara tersebut.
Foto: Instagram Kavita Sidhu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan Nabil Mahir mendedahkan dia memilih untuk membatalkan majlis resepsi sebelah lelaki yang sepatutnya dilangsungkan di Langkawi atas keadaan semasa yang berlaku.
Suami kepada Ayda Jebat itu menerusi Instagram turut menambah, keputusan tersebut dibuat demi menjaga keselamatan keluarga dan tetamu.
“Semalam birthday Mama. 9.1.21 sepatutnya tarikh reception belah saya di Langkawi. Preparation bermula selepas pertunangan dan semuanya dah ready. Surprise untuk Mama pun ada.
“Tapi memandangkan case sangat tinggi, kami sekeluarga made the decision untuk cancel the occasion untuk keselamatan tetamu dan keluarga. Asal buat yang wajib, kita dah happy!
“Kita boleh plan. Tapi Allah lagi mengetahui. Redha dan Insy’Allah, Allah berikan yang lebih baik,” tulisnya pada fotonya yang dirakam bersama ibu dan bapa tersayang.
Pasangan selebriti ini selamat diijab kabulkan pada 1 Januari 2021 lalu di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan dan keduanya mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan dalam talian pada 28 April 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Shima Anuar meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Marian Sophia dan Mikhael Imaan bebas daripada wabak Covid-19.
Sebelum ini, bintang filem Highland Tower ini telah disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu meski tidak mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif penyakit tersebut.
“We’ve received their result this morning. Alhamdulillah they are all safe from Covid.
“This video was taken last Friday before pegi swab test. Dia dah check mommy dulu. Tp result dia bagi tak accurate langsung.
“Rindunya diorang. Tunggu sat naaa InshaAllah very soon we can play together again,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti mendoakan agar aktres jelita kembali sembuh dan sihat daripada wabak berkenaan.
MH mendoakan agar Shima kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Foto: Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagu Tulus yang dilancarkan pada November lalu memberikan transisi berbeza dalam kerjaya nyanyian Azmi Saat.
Ini kerana, Tulus merupakan karya pertama yang dicipta Azmi sekitar 2008 dan berjaya disiapkan, sekali gus menyerlahkan lagi bakat dalam diri.
Menampilkan melodi dan lirik mengenai kisah perasaan terhadap orang dicintai iaitu isteri, Tulus disifatkan lagu yang cukup istimewa dengan dirinya. Malah, dekat di hati peminat setia Azmi.
Terbaharu, Universal Music Malaysia dan Valient Music selaku penerbit melancarkan video muzik (MV) rasmi lagu Tulus pada 7 Januari lalu.
Bercakap soal ketulusan dalam perhubungan suami isteri, Azmi yang meraikan ulang tahun ke-10 perkahwinan mengakui dia pernah melalui saat getir bersama isteri.
“Pada awal perkahwinan iaitu dalam tempoh dua ke tiga tahun, isteri banyak bantu. Apatah lagi dia adalah penjawat awam dan mempunyai gaji tetap.
“Isteri juga pernah bergolok gadai dengan menggadaikan barangan kemas termasuk terpaksa menjual hantaran perkahwinan berupa gelang emas. Sebab kami nak buat duit pendahuluan pindah rumah sewa baharu.
“Jadi, apabila saya sudah ada sedikit duit, barulah saya belikan gelang baharu sebagai ganti dan berikan dia duit untuk tebus semula barangan kemas yang digadai,” katanya.
Walaupun tidak sesempurna insan lain, Azmi dan isteri tetap bahagia dalam melayari bantera perkahwinan mereka. Malah sama seperti pasangan lain, Azmi juga pernah membuat kejutan istimewa kepada isteri dengan menghadiahkan bunga dan barangan kemas.
“Isteri saya suka bunga, jadi saya belikan bunga. Saya pernah buat kejutan dengan belikan barang kemas.
“Ketika itu saya masih bekerja sebagai tukang urut dengan pendapatan mencecah RM1,000 sebulan. Jadi, adalah lebih duit sikit,” katanya.
Apa yang pasti juga, kekurangan yang dimiliki bersama pasangan tidak menjadikan mereka kufur nikmat sebaliknya berasakan diberikan kelebihan lain oleh Allah SWT.
“Walaupun dalam keadaan begini, saya tidak berasa ia satu kekurangan atau susah pun. Kalau diberi peluang nak pasangan normal atau macam saya, saya nak yang sama macam saya.
“Sebab kami saling memahami selain mengetahui kekuatan dan kekurangan masing-masing. Kalau kahwin dengan isteri normal, saya pasti tak dapat membantu dan menjaganya. Sebab dia kena buat semua sediri malah perlu menguruskan saya pula.
“Jadi, apabila dapat yang sama, kami buat bersama-sama. Dalam erti kata lain susah dan senang kami bersama,” katanya.
Bercerita mengenai MV lagu tersebut lagi, Azmi berkata dia berlakon sebagai individu celik sebelum mengalami kecelakaan hingga mengakibatkannya buta.
“Jalan cerita daripada pihak pengarah dan syarikat rakaman. Ia bukanlah kisah saya atau ikut jalan cerita lagu. Saya hanya berlakon juga.
“Saya menjadi suami dan isteri dilakonkan pelakon lain. Saya menjadi orang celik, kemudian ada insiden saya hilang penglihatan.
“Pada awalnya saya tak percaya dan sering marah, tapi isteri pujuk. Sepanjang tempoh itu, rupanya isteri pun ada sakit. Jadi, saya menyesal dengan tindakan yang dibuat,” katanya.
Tulus diterbitkan Universal Music Malaysia dan Valient Music. Single ini boleh didapati di semua pelantar digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.