Bila bercakap tentang Fathia Latiff sahaja pasti pelbagai kontroversi yang bermain difikiran terutamanya tentang video bigo, biarpun ia sudah lama berlalu namun bagi beberapa pihak, perkara tersebut masih segar diingatan mereka.

Lebih menyedihkan, masih ada individu yang mengecam segala tindak tanduk pelakon ini.

Walaubagaimanapun melalui Berita Harian, Fathia mengakui sehingga kini dirinya masih menerima kesan terhadap kesilapan lampaunya itu.

Isu Video Bigo : Akui Salah Pergaulan, Fathia Latiff Minta Diberi Peluang Kedua

IKLAN

Dalam pada itu, Fathia mengakui antara punca utama dirinya bertindak memalukan diri seperti itu apabila salah pergaulan.

Malah, dia turut akui terlalu naif mengikut kata orang sehingga akhirnya masa depannya menjadi korban.

“Saya kesal kerana terlalu mengikut kata hati hingga tidak lagi kenal diri. Semuanya berpunca daripada salah pergaulan. Saya terlalu naif dan hanya mengikut cakap orang hingga akhirnya, masa depan jadi korban.

 

“Hari ini, saya menerima balasan dan pengajaran terbesar dalam hidup. Kesannya masih terasa apabila saya dilihat hina pada mata masyarakat. Namun, apa yang berlaku itu juga membawa saya lebih dekat dengan Allah SWT.

 

“Allah SWT menjentik saya dengan satu kejadian yang membuatkan saya tersedar. Saya mula terfikir satu persatu kesilapan, membuatkan saya malu dengan diri,” jelasnya kepada BH Online.

Fathia turut menjelaskan ketika berada diluar negara Disember lalu telah membuatkan dirinya mula mendekatkan diri dengannya serta memuasabahkan diri.

IKLAN

Isu Video Bigo : Akui Salah Pergaulan, Fathia Latiff Minta Diberi Peluang Kedua

Malah, Fathia turut meminta orang ramai untuk memberinya peluang kedua dan tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu.

IKLAN

“Dari London, saya ke Ireland untuk bertemu adik, Fasiha Latiff. Di situ, saya muhasabah dan mula mendekatkan diri dengan-Nya.

 

“Saya mahu memperbaiki diri dan tidak ingin mengulangi kesilapan lalu. Pinta saya, berilah peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan,” jelasnya lagi.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI