Uncategorized

Isu Netizen Persoal Mengapa Anaknya Semua Lelaki, Linda Rafar Bersyukur Dengan Apa Yang Allah Aturkan

Share

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar tidak menafikan ada pihak yang mempersoalkan mengenai anak-anaknya yang kesemuanya lelaki.

Menerusi Instagram miliknya, bekas anggota kumpulan ELITE itu mengakui, dia tidak mempunyai jawapan untuk untuk menjawab persoalan tersebut.

“Alhamdulilah i got 5 son n 1 in jannah?.. ramai yg tanya why semua boys?? Why no girls?? Ya allah mcmne linda nak jawab pemberian allah ye?? Jika bole bertanya sila tanya pada allah kenapa n mengapa??,” tulis Linda tiga hari lalu.

Pada masa sama, Linda turut berkongsi cahaya mata yang dikurniakan merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan disyukuri, tanpa perlu persoalkan jantina anak-anak.

“Bagi linda semua ini amanah allah yg perlu di jaga dan di syukuri… x perlu persoalankan why boys?? Why no girls?? Linda cannot answer this question.. for me bersyukur shj dgn apa yg allah dah aturkan,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Linda pernah mengalami detik menyedihkan apabila anak lelakinya, Memen atau Rezaimin Keifli telah meninggal dunia pada 5 Julai 2014. Allahyarham ialah anak hasil perkahwinan Linda yang pertama.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan telah pun mendapat hampir 10,000 tanda suka di kalangan pengikutnya.

Foto: Instagram Linda Rafar

IKLAN