Uncategorized

Isu Kristal Mahu Cari Vokalis Baru, Lan Kristal Mohon Diberi Ruang

Share

Pasti ramai yang sudah tahu berkenaan isu kontroversi kumpulan Kristal akan membuat ujibakat mencari vokalis baru secara tiba-tiba dan merehatkan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof.

Berita pencarian vokalis baru ini dikongsikan sendiri oleh salah seorang anggota kumpulan Kristal, Rody menerusi akaun Instagram miliknya.

“Di atas nasihat org2 lama Kami kristal akan merehatkan lan.. dan akan buat audition mencari penyanyi baru.. insyaallah pengumuman akan di buat.. ?. Moga lan berjaya dgn hajatnya nak jadi penyanyi solo.. insyaallah.. Aku akan memperjuangkan @kristalband bersama @kechiqrangers dan @acapkristal_ moga terus berjaya dan harap korang terus menyokong perjuangan kristal!,” tulis Rody.

Pada salah satu gambar screenshot yang dikongsi oleh Rody ini, terdapat satu keratan akhbar yang menyatakan peserta Gegar Vaganza musim keempat ini mahu mengembangkan kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Dalam masa yang sama Lan memberitahu pada media berkenaan hasrat itu timbul kerana ingin mencabar diri sendiri dan keluar daripada zon selesa.

Menerusi satu sumber, Lan berkata dia akan menjawab segala persoalan tentang isu ini selepas konsert Gegar Vaganza minggu kelima.

“Maaf, saya sibuk dengan penggambaran video dan kapsul untuk GV. Minggu ini punya tugasan sangat mencabar untuk saya.

 

“Jadi, saya nak minta sikit ruang untuk saya fokus pada persembahan minggu ini dulu.

 

“Insya-Allah selepas konsert Ahad, kalau saya dipanggil naik ke sidang media nanti, saya okey untuk jawab apa-apa soalan yang akan diajukan,” katanya kepada Mstar Online.

MH harap segala persoalan yang menjadi tanda tanya pada orang ramai terutamanya peminat-peminat Kristal ini bakal terjawab nanti.

Sumber: Mstar Online & Instagram Rody Kristal

IKLAN