Categories: Uncategorized

Isu Ditahan Polis, Ini Respon Uqasha Senrose Buat Masa Ini

Share

Pelakon wanita popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemui 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya pada Ahad.

Memetik sumber, dadah berkenaan ditemui selepas pelakon itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Difahamkan, Uqasha yang memandu kenderaan jenis Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV dan pihak berkuasa kemudian membawanya ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas diperiksa, difahamkan pihak berkuasan mendapati terdapat 53 pil Erimin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan milik aktres terbabit.

Bagaimanapun, Uqasha ketika dihubungi MH tidak mengulas lanjut mengenai kes penahanannya.

Ditanya sama ada kes tersebut sahih melibatkanya dirinya, Uqasha hanya memberitahu, dia akan menghubungi MH semula.

“Nanti Sha hubungi balik ya,”katanya ringkas kepada kami.

IKLAN