Akhirnya semua persoalan yang timbul beberapa hari ini terjawab.

Seperti yang semua tahu semalam, 23 November 2017 Fattah dan Fazura telah menunaikan janji mereka untuk menerangkan status perhubungan yang kononnya dikatakan telah sah bergelar suami dan isteri.

Walaupun ada sesetengah peminat mereka agak ‘kecewa’ kerana terlalu berharap pasangan ini benar-benar sudah bernikah, namun tidak kurang juga yang gembira mendengar Fattah dan Fazura selamat mejalani majlis pertunangan secara tertutup dan sentiasa mendoakan agar hubungan mereka berdua berkekalan sehingga akhir hayat.

IKLAN

Isu Bertudung, Fazura Minta Semua Doakan Yang Baik-baik

Selain soal perhubungan, ramai juga turut menyoal tentang penampilan terbarunya, adakah Fazura akan terus bertudung atau sebaliknya?

IKLAN

Melalu sidang media, Ini penjelasan Fazura…

“Saya baru sahaja balik daripada umrah, kerana itu saya bertudung. Selepas ini ya atau tidak, doakan sahaja yang baik-baik. Tetapi apa yang boleh dikatakan saya memang terikat dengan macam-macam projek selepas ini.

 

“Sebagai seorang pelakon, komitmen saya bukanlah seperti penyanyi yang boleh bawa pelbagai imej.

 

“Sebagai seorang pelakon kita bawa karakter yang berbeza ianya sudah ditandatangani. Jadi doakan sahaja yang baik-baik.”

MH faham apa yang Fazura cuba maksudkan. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Fazura dan beri sedikit ruang buat mereka berdua.

IKLAN

Isu Bertudung, Fazura Minta Semua Doakan Yang Baik-baik

Apapun MH nak cakap satu sahaja, Fazura nampak sangat cantik dan manis sewaktu sidang media semalam dengan berhijab.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI