Categories: Uncategorized

“Isteri Umpama Sambal. Lagi Pedas, Lagi…’,- Amar Baharin

Share

Pelakon, Amar Baharin muat naik foto isterinya, Amyra Rosli di laman Instagramnya semalam.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu.

“Isteri umpama sambal. Lagi pedas, lagi tak nak lepas. Tambah lagi ada lah…(tambah sambal yee, korang jgn nak mcm2),” tulisnya.

Susulan itu, ramai yang ‘menegur’ statement berani Amar itu di ruangan komen.

Malah, ada juga yang memuji kecantikan Amyra di dalam foto tersebut.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2016 lalu dan dikurniakan seorang anak, Aqeef Anaqi, Oktober tahun lalu.

Foto/Instagram: Amar Baharin

IKLAN