
Penyanyi antarabangsa, Akon berdepan episod pahit dalam rumah tangganya apabila isterinya, Tomeka Thiam memfailkan penceraian selepas hampir tiga dekad mendirikan rumah tangga bersama.
Permohonan itu difailkan pada 11 September lalu di mahkamah di Amerika Syarikat, hanya beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-29 pada 15 September.
Dalam dokumen berkenaan, Tomeka menyatakan punca penceraian adalah kerana wujud perbezaan yang tidak dapat dipulihkan dalam perhuhubungan mereka atau irreconcilable differences.
Tomeka memohon hak penjagaan sah bersama atau joint legal custody terhadap anak mereka Journey yang berusia 17 tahun selain meminta hak penjagaan fizikal penuh diberikan kepadanya, sementara Akon hanya dibenarkan hak lawatan.
Selain itu, Tomeka turut menuntut nafkah suami isteri atau spousal support daripada penyanyi berusia 51 tahun itu. Pada masa sama, beliau meminta mahkamah menolak sebarang sokongan kewangan untuk Akon.

Akon, atau nama sebenarnya Aliaune Badara Thiam sering mencuri perhatian kerana kehidupan peribadinya.
Beliau sebelum ini mengakui mempunyai sembilan orang anak hasil daripada beberapa hubungan, dan laporan antarabangsa turut menyebut dirinya berpoligami dengan beberapa perkahwinan yang tidak pernah dihebahkan secara terbuka.
Penceraian ini sekali gus menamatkan perjalanan rumah tangga panjang pasangan tersebut yang selama ini dianggap mampu bertahan meskipun dihimpit pelbagai kontroversi.
Sekadar info, Akon dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 2005 menerusi lagu Lonely, yang menjadi antara lagu paling popular ketika itu dan melonjakkan namanya sebagai artis global.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




