Ads

Isteri Masuk Minggu Ke-37 Kehamilan, Sufian Suhaimi Berdebar Detik Timang Anak Sulung – “Sejujurnya Kami Teruja…”

Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan dia dan isteri, Rania Al Sadat kini sedang menunggu hari untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung.

Menurut Sufian, usia kandungan isterinya sudah memasuki 37 minggu dan mereka kini sedang bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Isteri Masuk Minggu Ke-37 Kehamilan, Sufian Suhaimi Berdebar Detik Timang Anak Sulung – “Sejujurnya Kami Teruja…”

“Ya, memang benar saya akan menjadi seorang bapa tidak lama lagi. Selepas ini, jangan panggil saya Baby Pian lagi. Ketika ini, kami sedang menunggu hari sahaja. Usia kandungan sudah memasuki 37 minggu.

“Jika bertanya kepada kawan-kawan pun, ada yang juga yang melahirkan dalam tempoh ini,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Di Matamu itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka anjuran Rusa Music dan MVM di Courtyard by Marriott, Kuala Lumpur pada Isnin.

Jelas Sufian lagi, dia dan amat teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung namun akui mereka juga perlu bersedia dari mental dan emosi.

Isteri Masuk Minggu Ke-37 Kehamilan, Sufian Suhaimi Berdebar Detik Timang Anak Sulung – “Sejujurnya Kami Teruja…”

Ads

“Dari segi persediaan kelengkapan, saya mungkin sudah bersedia. Persediaan dari segi mental dan emosi pula, saya masih lagi berdebar.

“Bila bertanya kepada. kawan-kawan, tiada pun yang betul-betul bersedia sepenuhnya ketika menyambut kelahiran bayi pertama. Isteri saya juga sedang melalui situasi yang sama.

“Sejujurnya, kami rasa sangat teruja,” kongsinya lagi.

Syukur Isteri Kuat

Dalam masa sama, Sufian dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk memenuhi kemahuan isterinya sepanjang tempoh kehamilan ini.

Ads

Isteri Masuk Minggu Ke-37 Kehamilan, Sufian Suhaimi Berdebar Detik Timang Anak Sulung – “Sejujurnya Kami Teruja…”

“Isteri saya sangat kuat. Dia tiada mengalami sebarang alahan yang ekstrem. Kalau ada pun, ia hanya alahan biasa ketika trimester pertama. Muntah-muntah pun tak kerap.

“Mengidam pun tiada sangat. Kami memang suka food hunting. Jadi, tiada apa yang rasa berbeza sangat. Kalau dia nak makan sesuatu, saya tak anggap ia sebagai mengidam.

“Saya layankan sahaja seperti biasa,” ujarnya.

Ads

Malah, Sufian turut memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sangat kuat dan tidak pernah mengeluh sepanjang tempoh berbadan dua ini.

Isteri Masuk Minggu Ke-37 Kehamilan, Sufian Suhaimi Berdebar Detik Timang Anak Sulung – “Sejujurnya Kami Teruja…”

“Walaupun sifatnya agak manja dan lembut tapi dia sangat kuat. Tiadalah sampai tak boleh nak buat apa-apa.

“Dia sangat aktif. Sebelum Subuh, kami akan cuba berjalan sejauh tiga kilometer. Sebenarnya, dialah yang banyak push saya.

“Saya sangat bersyukur kerana dia sangat kuat. Dia tiada mengalami situasi yang merisaukan sangat,” akhirinya.

Sekadar informasi, Sufian dan Rania telah mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tak Perlu Romatik, Tanya ‘Dah Makan?’ Pun Okay,”- Azira Syafinaz Tertarik...

Penyanyi dan pelakon, Azira Syafinaz mengakui dia sendiri tertanya-tanya mengapa segelintir lelaki dilihat agak takut untuk mendekatinya, sedangkan dia sentiasa terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja.
error: Hello. Cannot.