Pagi tadi dunia hiburan dikejutkan berita sedih atas pemergian pemuzik terkenal, Faizal Uzir atau sinonim disapa Lok U.
Allahyarham kerap kali mengiringi persembahan penyanyi popular tanah air selain sering terlibat dalam program-program hiburan di TV3.
Bagaimanapun, pemergiannya nyata mengejutkan ramai pihak dan secara langsung ia turut memberi kesan kepada para selebriti yang pernah bekerjasama dengan arwah.
Erra Fazira misalnya antara rakan artis yang turut bersedih atas kehilangan seorang lagi permata seni itu.
Pernah terlibat secara langsung dengan arwah ketika sama-sama terbabit dalam program Mentor, primadona filem Melayu alaf baru ini menitipkan dedikasi terakhir buat arwah menerusi Instagram.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Diusia 45 tahun. Allahyarham Faizal aka LokYu meninggalkan kita mengadap yang Maha Esa. Satu kejutan buat industri muzik tanahair memandangkan LokYu insan seni yg aktif dan bz dgn tugasannya.
“Namun itulah kehidupan, sihat ataupun muda bukan jaminan. Khabarnya, Allahyarham pergi akibat sesak nafas setelah pulang dr jogging . Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.
Erra pada masa sama turut mengimbau kenangan sama arwah suatu ketika dahulu.
“LokYu, saya bekerja rapat dgn beliau ketika program Mentor. Byk jasa dan bantuan LokYu kepada saya untuk menzahirkan kelainan buat anak didik saya, @salma_asis.
“LokYu insan yg sangat creative, cinta pada tugasnya, simple, mudah didekati dan ceria dimata saya.. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikkannya dan moga Allah tempatkan Allayarham dikalangan hambaNya yang beriman, amin. AlFatihah buat Faizql aka LokYu,” titip Erra lagi.
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat ada berkongsi rakaman video bersama Aprena Manrose di laman Instagram miliknya.
Menerusi video berkenaan, Hatta dilihat secara bergurau mengajukan soalan kepada Aprena mengenai teman lelakinya, namun dijawab spontan pelakon itu, menyatakan dia sudah berkahwin.
“Baru acah acah nak try @mrsaprenamanrose sekali lupaaa dia dah kawen. apa benda laa aku ni, tapi cantik betul dia ni.
“Kak @lovelyyayangofficial yang baik hati penuh dengan senyuman manis dan kasih sayang thank you very much for everything #glamketengglam #teamproduction *hujung tu suara @fikaruslan “ dia dah kahwin laaaa” #awesometv #awesometvmemangawesome @myawesometv,” kongsinya.
‘Malang tidak berbau’. Mungkin itu situasi yang boleh digambarkan terhadap pelakon, Azad Jazmin apabila dia ditahan pihak berkuasa gara-gara tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Merakam video di tempat kejadian bersama anaknya, pelakon ini reda akan kejadian yang menimpanya pagi tadi.
“Hari ini jadi pengajaran buat saya kerana tidak mengikut peraturan jalan raya. Saya kena tahan polis trafik dan JPJ.
“Kepada anda semua, kalau memandu, jangan lupa bawa lesen. Tak kiralah anda artis ke apa. Padan muka hang, Azad!
“Mereka (Polis dan JPJ) tak hairan walaupun saya ini artis, saman tetap saman! Saya bagi pujian kepada PDRM dan JPJ.
“Padan muka kita semua yang tak naik ikut peraturan,” katanya menerusi video yang dirakam.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...