Ads

Isteri Kantoi Curang Selepas 11 Tahun Kahwin, Pelawak Lee Seung Joo Pilih Haluan Sebagai Detektif

Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan kisah seorang pelawak, Lee Seung Joo, yang memilih untuk meninggalkan pentas komedi dan membina kehidupan baharu sebagai detektif persendirian.

Lee Seung Joo, yang pernah dikenali menerusi kemunculannya dalam program komedi ikonik Gag Concert terbitan KBS, mengakui hidupnya berubah sepenuhnya selepas rumah tangga yang dibina selama 11 tahun berakhir akibat isterinya curang.

Insiden itu bukan sahaja menamatkan perkahwinan mereka, malah menjerumuskan dirinya ke dalam kemurungan yang serius sehingga pernah terdetik cubaan untuk menamatkan riwayat sendiri.

Namun, menurut pengakuannya, tanggungjawab terhadap anak-anak serta ibu bapa menjadi titik kebangkitan yang menghalangnya daripada terus tenggelam dalam kekecewaan.

Ads

Isteri Kantoi Curang Selepas 11 Tahun Kahwin, Pelawak Lee Seung Joo Pilih Haluan Sebagai Detektif

Dari saat itulah, beliau memilih untuk bangkit dan mencari makna baharu dalam kehidupan, jauh daripada dunia hiburan yang pernah mengangkat namanya.

Menariknya, Lee tidak memilih jalan kembali ke layar kaca sebagai pelakon atau selebriti, sebaliknya mengambil langkah berani dengan memperoleh lesen sah sebagai detektif persendirian.

Ads

BACA JUGA: Fattah Amin Serah Pada Pihak Pengurusan, Jawab Isu Pemfitnah Dakwa Curang – “Negara Kita Ada Undang-Undang, Jadi Tak Perlu Takut.”

Pengalaman peribadi yang pahit itu mendorongnya untuk membantu individu lain yang menjadi mangsa kecurangan pasangan, khususnya dalam mendapatkan bukti serta sokongan emosi.

Ads

Sepanjang kerjayanya, beliau lebih dikenali sebagai pelawak pentas dan penghibur televisyen, dengan kemunculan tertumpu dalam segmen komedi dan program variasi.

Kini, Lee turut aktif berkongsi pengalaman hidup dan kerjaya baharunya menerusi platform digital, termasuk YouTube, dengan harapan kisahnya dapat memberi kesedaran dan kekuatan kepada mereka yang berdepan krisis rumah tangga serta tekanan emosi.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Victoria Beckham Terima Anugerah Seni Berprestij Perancis

Penyanyi dan pereka fesyen tersohor Britain, Victoria Beckham, menerima pengiktirafan berprestij apabila dianugerahkan gelaran Officer of the Order of Arts and Letters oleh kerajaan...
error: Hello. Cannot.