Selepas isterinya, Ayu Zahiril tampil memberikan kenyataan yang mendakwa suaminya yang juga vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali telah melafazkan cerai talak satu kepadanya 25 Mac lalu, penyanyi berkenaan memberikan penjelasan.
Katanya seperti yang dipetik Kosmo! online, dia mengakui mahu merujuk kembali bekas isterinya yang sudah dikahwininya lebih lima tahun itu.
Radhi, 41, menambah, mereka akan ke mahkamah syariah Isnin depan bagi meneruskan proses rujuk tersebut secara rasmi.
“Benar, saya telah melafazkan talak satu kepadanya. Tetapi, saya tidak mahu perkahwinan ini berakhir.
Ads
“Allah telah beri kita pilihan (untuk menyelamatkan perkahwinan), jadi kita gunakan pilihan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Radhi turut memberitahu, dia tetap berprasangka baik terhadap isterinya itu yang telebih dulu memberikan kenyataan kepada media.
Ads
“Saya bersangka baik dengan dia. Mungkin dia rindu saya selepas lima hari tidak bertanya khabar,” ujar Radhi.
Ads
Terdahulu, mereka Radhi mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Ia merupakan perkahwinan kedua bagi Radhi.
Sebelum itu, bintang tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Adik kepada pelakon Syatilla, Syifa Melvin ada berkongsi mengenai pengalamannya dalam mencari teman hidup serta dedikasinya buat semua wanita yang masih sendiri.
Kata bintang yang kini berjinak-jinal dalam dunia lakonan ini lagi, dia merasakan adalah lebih baik untuk menunggu si dia yang terbaik daripada bercinta dengan orang yang salah.
Perkongsian tersebut pernah dikongsi Syifa menerusi Instagram, tidak lama dulu.
“APPRECIATION POST TO ALL SINGLE LADIES. Dont rush to be in relationship or to get married,i was there in that phase where I really wanted to get married swallow every shit and pain till lost myself,why??? Bcs everyone is getting married at my age.
“Better wait than being with the WRONG ONE! As time goes by,surrounding berubah,different mindset,umur naik.
“I surround myself dengan positive vibes,sadly everyone is getting married too now,my younger sister is engaged and getting there soon and bff is married,don’t you think i need that too?,” kongsinya.
Pada masa sama, dia juga kian matang untuk menerima takdir dan ketentuan dariNya.
“Of course yess but Wallahi after that i’ve been through I finally become matured to accept Qadr or what Allah has written for me.
“Obviously my surroundings help me too,thats why cari kawan yg betul2 positive and it will lead you to be more positive.
“Its a bit stress I admit when my younger sister is getting married while me still in my own life doing everything alone but HEY!!! Heads up girls!! Its not that u are comitting big sin!
“Cuma jodoh Allah belum sampai.. Alhamdulillah orang lain jodoh awal tapi Allah gantikan kita dari berjodoh awal dengan Rezeki.
“Alhamdulillah Syukur sangat-sangat.. ingat ya,Allah tak kejam. Why we always failed in relationships? Because Allah is helping us out dari orang yang salah dan jauhkan kita dari sakit hati.
“Always remember this one thing “Allah jadikan kita, Allah sayangkan kita, Dia nak yg terbaik utk hambanya” Jangan sesekali cakap “why me” tapi set in mid “What is Allah trying to show me”,” tulis Syifa lagi.
Malah, dia turut berpesan agar menjadi insan lebih baik, lakukan taubat.
“This is my main Point here.. Kalau kita masih leka,jarang solat,banyak buat dosa mungkin tu sebab jodoh kita lambat sampai,jadi kita haruslah berubah,mintak ampun taubat banyak2 sebab kita mestilah nak yg terbaik utk masa depan kita,utk anak2 kita.
“Jadi kita kena berubah dulu barulah Allah bagi yg terbaik buat kita.. Selalulah berdoa kerana Doa itu senjata orang Mukmin,” kongsinya panjang lebar.
Menerusi entri terkini di laman media sosial Instagram milik Erma Fatima, pengarah prolifik ini ada berkongsi satu rakaman video yang menjadi perhatian ramai pihak.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad berkongsi rakaman video yang merakamkan pelakon, Nabila Huda ada memberikan duit raya kepadanya.
Lalu, Erma meluahkan rasa terkejut dan terharu dengan sikap pelakon versatil itu yang sentiasa mengingati dirinya.
Kongsi Erma, dia sudah menganggap pelakon yang terkenal dengan filem Munafik itu bagai anaknya sendiri.
“Sebak dada sebenarnya..ingatan yg luar biasa dari seorang yg ku anggap seperti anak. Mcm tk percaya..bkn kerana duit raya tu.
“TETAPI ingatan dia kpd aku. Ya Allah..kurniakanlah berkat dan rahmatmu serta kebahagiaan buat anak ku @kupu_kupu sekeluarga. AMIN #mlmberkatdanrahmat#alhamdulillah”tulisnya.
“Jangan menilai seseorang dari luaran sahaja”, itu antara komen netizen apabila pelakon dan usahawan, Fara Mendoza yang menujukkan kebolehannya ketika membaca ayat suci Al-Quran.
Sesi berkenaan difahamkan berlaku ketika pelakon itu hadir ke rumah terbuka rakan sempena Syawal.
Meski terkenal dengan imej seksi dan gaya rambut terkini, Fara kelihatan tenang membaca ayat suci dengan lancar.
Malah, perkara itu dikongsikan rakan artis, Betty Banafe yang turut memuat naik video di Instagram miliknya.
“So proud with my sis @fara_mendoza kenal.huruf Quran.. malah bertaranum lagi.. practice dik… Will perfect.. sedap suaramu! #keepitupagoodwork #sisterlovesambil beraya sambil kena test.. heheh.. jangan serik dik oiii @beby_maembong,” tulisnya.
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...