Penyanyi Hafiz Suip meluah rasakan bersyukur di atas penghijrahan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah yang kini tampil dengan imej berhijab.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Hafiz, 32, berasa cukup teruja dengan perubahan yang dilakukan isterinya itu lebih-lebih lagi dalam bulan suci Ramadan.
“Ya Allah semangat gila aku nak selfie dengan bini aku ya Allah. Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin Ya Rabbal Al-Amin. Beautiful @nureffyj,” tulis Hafiz.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Hafiz memberikan sokongan dan berharap perubahan itu akan berterusan dan semoga isterinya sentiasa istiqamah.
“Alhamdulillah, barakallah semoga Hafiz dan keluarga sentiasa dalam redha Allah.
“Alhamdulillah sungguh cantik bidadari hafiz berhijab, semoga Allah sentiasa memberi rahmatNya kepada hafiz dan keluarga, amin.
Ads
“Subhanallah cantiknya… moga terus istiqamah dan jalan terus untuk menggapai redha Allah,” tulis netizen.
Penyanyi Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan Nureffy, 29, pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Riyadh Zafri, 5, dan Alkaf Zayne, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hafiz Suip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof kembali hangat diperkatakan selepas Puteri Sarah mendedahkan anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar masih lagi menganggu suaminya.
Hilang sabar dengan perkara itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin meluahkan apa yang terbuku di hati menerusi IG Story pada minggu lalu.
Terbaharu, Puteri Sarah berkongsi muat naik gambarnya bersama anak lelaki, Syaikhul Islam yang mana mereka berdua akan berangkat ke Madinah untuk mengerjakan umrah dalam masa terdekat.
Dalam ucapannya untuk ulang tahun kelima kelahiran Syaikhul, Puteri Sarah menitipkan doa agar anaknya bergelar anak soleh yang akan sentiasa menjaga ibunya.
“Anak soleh nanti jaga mama okay. Dua hari lagi birthday abang, abang dah cecah usia lima tahun. Kita sambut di Madinah okay.
“Dah besar nanti jangan lupa mama, bawa mama pergi melancong selalu,” tulis Puteri Sarah.
Meninjau di ruangan komen, netizen tersentuh hati dengan ucapan penuh bermakna Puteri Sarah buat anak sulungnya itu selain turut menitipkan kata-kata semangat buat pelakon berusia 37 tahun itu.
“Sabar dan terus berdoa. Pasti kemenangan di pihak puan. Semoga jodoh kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.
“Moga Allah makbulkan doa-doa isteri, ibu, anak-anak yang teraniaya di bulan Ramadan ini. Moga kekuatan dan ketabahan Allah titipkan buat kamu semua.
“Moga you dan anak-anak kuat dalam menempuh ujian Allah. Be strong, Allah knows the best for you and your kids.
“Sungguh setiap ujian yang berat, Allah turunkan buat hamba-hambaNya yang kuat dan hebat.
“Ada pasangan diuji dengan kesetiaan, ada pasangan diuji dengan harta benda dan ada pasangan diuji dengan soal zuriat. Percayalah, perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Semoga kita sebagai insan bernama pasangan mampu mengatasi semua dugaan dengan tabah, kuat dan sabar,” tulis netizen.
Untuk rekod, Puteri Sarah berkahwin dengan pengarah filem Munafik itu pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berat hati pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri, bagi melepaskan anak sulungnya, Abdul Warits, 16, yang mula mendaftar di sekolah berasrama penuh, Kolej Yayasan Saad, di Durian Tunggal, Melaka pada Ahad.
Jarang-jarang sekali berpisah, Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, 38, berkata walaupun keputusan itu cukup berat namun demi masa depan anaknya, dia mengizinkan.
“Ini bukanlah keputusan yang mudah, jarang sekali berpisah dengan anak-anak. Tetapi demi kebaikan dan masa depannya, saya kuatkan juga.
“Semoga Warits belajar rajin-rajin dan ingatlah tiada benda yang mudah digapai. Usaha pasti berjaya,” tulis Anne di Instagramnya.
Di ruangan komen, rakan selebriti seperti Fara Fauzana, Anita Baharom dan Zarina Zainuddin turut mendoakan semoga segala urusan Warits dan Anne dipermudahkan.
“Yang baik-baik sahaja Warits! Siapa-siapa kacau jangan panggil Mama (Anne). Panggil Auntie Fara atau Auntie Darling saja,” usik Fara.
“Semoga Allah permudahkan segalanya, semoga menjadi anak yang bijak pandai dan soleh,” tulis Zarina.
Anne yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu mempunyai lima cahaya mata iaitu tiga daripada perkahwinan pertama iaitu Abdul Warits, 16, Abdul Wafri, 14, Nazharah Afroza, 12.
Perkahwinan bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sufi Harraz, 9, Nefa Naura, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anne Ngasri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menjuarai program realiti, Hijrahkan Laguku musim pertama, penyanyi, Shahir Zawawi mendedahkan dirinya mahu memanfaatkan peluang tersebut untuk membina semua namanya selepas menyepi daripada industri seni tanah air sebelum ini.
Menurut Shahir, dia berharap agar rezeki yang dikurniakan Allah akan terus memihak kepadanya selepas ini.
“InsyaAllah saya akan sedaya upaya untuk cuba bertahan lama di dalam industri selepas ini. Saya akan cuba elak untuk menjadi seperti ‘chipsmore’.
“Apapun, kita hanya mampu merancang. Doakan semoga rezeki saya sentiasa dipermudahkan.
“Perjalanan yang Allah telah susun itu kita kena tetap jalani. Tak kisah sama ada sewaktu di atas atau di bawah, kita tak boleh nak lari. Saya hanya meneruskan perjalanan dan mencuba untuk jadi yang terbaik,” katanya ketika dihubungi MH.
Pada masa sama, Shahir turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya hanya akan menyanyikan lagu-lagu berentak ketuhanan selepas menjuarai program nyanyian terbitan stesen televisyen Islamik, TV AlHijrah itu.
“Bagi saya muzik itu tidak salah. Sama ada pop, balada atau apa juga genre sekalipun, ia merupakan selera masing-masing.
“Saya tiada masalah untuk menyanyikan apa juga genre sekali pun yang penting pengisian di dalam lagu itu biarlah ada manfaat kepada pendengar. Bukan hanya hiburan semata-mata,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas juara Akademi Fantasi (AF) musim ke-8 ini turut memaklumkan dia tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana fokusnya pada ketika ini adalah untuk membina semua kerjayanya.
“Saya masih lagi belum berpunya sebab ketika ini saya memang berikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya sahaja. Kita pun baru je nak mula bernafas semula.
“Saya ini ada masalah untuk fokus kepada banyak benda. Kalau saya fokus bekerja saya risau perkara-perkara lain itu akan mengganggu.
“Saya baru je nak kembali semula di dalam industri ini. Kali terakhir saya mengeluarkan lagu pun pada lapan atau sembilan tahun yang lepas. Sekarang ini saya dalam perancangan nak keluarkan lagu baharu.
Ketika ditanya adakah dia berasa sedikit tertekan kerana belum mendirikan rumah tangga, penyanyi asal Kampar, Perak ini memaklumkan fasa tersebut telah pun berakhir selepas kesemua adik-beradiknya telah selamat berkahwin.
“Dulu mungkinlah mak saya kerap bertanya sebab adik-adik saya belum berkahwin. Ibu meletakkan syarat supaya abang kahwin dulu sebelum adik-adik. Waktu itu agak mendesak.
“Tapi lepas semua adik-beradik saya dah selamat berkahwin, beban itu sudah tiada pada saya,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Shahir dikhabarkan bakal muncul menerusi beberapa program tv terbitan TV AlHijrah antaranya Ngaji On The Go dan Hijrah Berselawat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...