Tahniah diucapkan buat penari profesional, Alam Wakaka yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Istimewa sebagai ‘hadiah’ hari jadi yang ke-35, berita gembira itu disampaikan isterinya, Nurul Alisya Najwa Hazman menerusi hantaran terkini di Instagram, pada Selasa.
Sambil berkongsi keterujaan kerana bakal melahirkan anak sulung mereka, Alisya turut mengucapkan terima kasih atas bahtera perkahwinan yang dibina.
“Allahhuakhbar!! Laillahailallah!! Syukur alhamdulillah atas rezekii yang Allah bagi pada kami, happy birthday suamiku, hadiah yang paling berharga untuk sayang yang ke 35 tahun.
“Semoga sayang, i and anak dalam kandungan sihat selalu. Terima kasih buat segala galanya, susah senang bersama, sentiasa happykan i. Love you sayang! Happy birthday again,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut lantas menerima perhatian peminat dan teman rapat yang turut sama tumpang gembira sambil melayangkan ucapan tahniah buat mereka berdua.
Ads
Alam turut berkongsi foto sama menerusi akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Alam atau nama sebenarnya, Haslam Abdul Rahman mendirikan rumah tangga bersama Alisya pada 7 Mac lalu.
Alam sebelum ini pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 selain turut membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis versatil, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil ada berkongsi cerita rutin harian yang dilakukannya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda di seluruh negara.
Meski terpaksa menjalani gaya hidup dan rutin harian dalam keadaan norma baharu, anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search tetap bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan olehNya.
“Abil pernah share before this pasal MCO,dalam kite tak nampak,lifestyle kite berubah.Korang ingat kan my post before this? Abil sentiasa positive dan tak pernah merungut.
“Everyday abil sentiasa senyum dan sentiasa rasa bersyukur. Abil selalu share benda yang boleh buat korang inspired. So today lagi skali i nak share berita yang paling menang dari semua berita dalam hidup abil,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini turut berkongsi khabar gembira mengenai anak perempuannya, Keisha Laila yang bakal mula membaca kita suci Al-Quran tidak lama lagi.
Sebagai seorang ibu, Abil berasa terharu dan bangga dengan pencapaian anak pertamanya itu lalu meluahkan rasa syukur bersama pengikutnya.
“Keisha lagi 4 page Iqra, dah nak masuk Al-Quran guys!!! Dalam pada tak pergi sekolah,hilang semua skills belajar, selain dari mandarin dah pergi next level, she dah nak masuk quran!
“Yang abil happy, kite start journey ni together few months back dan masih bertahan sampai skarang..Alhamdulillah! Rasa nak cry cry la..Good job @lilkupukupu ! @ibadahroyale,” tulisnya lagi menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
Penyanyi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami yang juga penyanyi, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Menurut Stacy, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam kepadanya juga cukup santai dan tidak terlalu berat.
Imbas kembali, pada 24 Ogos lalu genap enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’.
“Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik,” kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 itu.
Malah hubungan baik yang terjalin ketika itu juga mendorong penyanyi lagu Pelangi Senja itu terus mendekatkan diri dengan agama Islam.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami.
“Pada 26 September 2015, kami bertunang, seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya.
Stacy mengimbas detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya, baru-baru ini.
Dedah Stacy kepada hosnya, Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, momen tersebut pernah menjadi tular dan sensasi apabila penyebaran gambar serta video proses pengislaman dirinya.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Dia pada masa sama mengakui, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira.
“Ketika itu saya sedar, perasaan bukan-bukan itu hanya mainan emosi,” katanya yang masih belajar untuk menjadi insan terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi.
Program Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu.
Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon Intan Ladyana, Harris Alif ada memuat naik sekeping foto momen indah saat mereka melangsungkan majlis perkahwinan sekitar Februari lalu.
Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun media sosial Instagram miliknya itu, Harris telah memanjat rasa syukur lalu menitipkan ucapan terima kasih kepada peminatnya.
Tambah pelakon berusia 21 tahun itu lagi, ia merupakan satu hadiah paling bermakna buat dirinya.
“Hadiah yang paling bermakna. Terima kasih semua atas ucapan & ingatan.
“Semoga Allah balas jasa baik semua yang mendoakan,” tulisnya sebagai kapsyen yang membuatkan ramai mulai berteka-teki.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...