Ads

Ismail Izzani Sangkal Dakwaan Konon Kontrovsersi Sebenarnya Untuk Gimik Lagu

Penyanyi, Ismail Izzani menegaskan bahawa kontroversi yang melanda dirinya melibatkan dua lagi pelakon bukanlah sekadar gimik untuk ‘single’ terbarunya, Bidadari.

Kenyataannya itu sekaligus menyangkal dakwaan yang dibuat netizen selama ini malah penyanyi lagu Sabar itu turut menjelaskan bahawa isu itu mencalarkan imej dan maruahnya.

“Saya tak perlu gimik-gimik macam ini untuk promosi lagu kerana isu itu membabitkan maruah dan hanya memalukan sahaja.

 

“Sebaliknya, boleh menutup punca rezeki saya sebagai penyanyi, ia bukan gimik yang direka-reka dan saya tak perlu kontroversi itu!,” katanya kepada mStar Online.

Ismail Izzani Sangkal Dakwaan Konon Kontrovsersi Sebenarnya Untuk Gimik Lagu

Ads

Sebelum ini, nama Ismail terpalit dengan kontroversi apabila fotonya seakan-akan berpeluk dengan pelakon Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam tersebar di laman media sosial.

Tidak cukup itu, Zarina dan rakannya yang juga pelakon, Fathia Latif mendedahkan bahawa dia tidak membayar kos sewa bilik hotel yang dipercayai didiami Ismail.

Ads

Bagaimanapun, penyanyi berusia 18 tahun itu telahpun melakukan permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada pihak pengurusan, mama dan ahli keluarganya.

Ads

Sementara itu, Ismail turut berkongsi bahawa dia kini sedang berehat sebelum kembali ‘beraksi’ semula.

“Kalau ikut perancangan bulan ini lagu (Bidadari) itu dilancarkan tapi sebab isu-isu begini terpaksa ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

 

“Sekarang ni saya nak rileks dulu dan biar benda ni selesai, baru kita akan fokus dengan kerja.

 

“Mujurlah syarikat label muzik memahami situasi yang sedang berlaku dan mereka terus memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Foto/Instagram: Ismail Izzani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

GV12: 59.50% Tak Cukup Selamatkan Rahmat Ekamatra, Mendua ‘Mendonia’ 74% &...

Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...
error: Hello. Cannot.