Uncategorized

Ismail Izzani Ditahan Di Wad, Kongsi Bayangan Status Kesihatan Di Instagram

Share

Penyanyi, Ismail Izzani dimasukkan ke wad atas kerana mengalami masalah kesihatan. Difahamkan, penyanyi lagu Luar BIasa  ditahan di wad sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak semalam.

Malah, dia turut memuat naik perkembangannya menerusi Instastory di Instagram. Pada masa sama, dia turut membayangkan tahap kesihatannya kepada setu jua pengikutnya menerusi sekeping foto.

Bagaimanapun, bintang remaja itu tidak berkongsi secara terperinci apakah punca menyebabkan dia ditahan di wad.

“Get well soon dear self,” tulisnya.

Rakan penyanyi, Indah Ruhaila bersama suaminya turut hadir melawat penyanyi itu dan memuat naik sesi lawatan berkenaan di Instastory.

Foto: Instagram Ismail Izzani

IKLAN