Uncategorized

“Islam Tak Pernah Ajar Wanita Bertudung Menari Terkinja-Kinja,”- Muzik Video Terbaru Wani & Waris Dikecam Sebab…

Share

Selepas tampil menerusi single Lepaskanlah, penyanyi Wani sekali lagi muncul dengan single terbaru berjudul Pendusta Cinta bergandingan pula bersama rapper, Waris.

Namun, muzik video lagu tersebut menerima kritikan daripada segelintir pihak yang berasa janggal melihat Wani menari di dalam video berkenaan.

Rata-rata netizen berpendapat, sebagai seorang penyanyi yang membawa imej bertudung, tidak sepatutnya melakukan hal yang sedemikian.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempertahankan tindakkan Wani dengan menyifatkan tariannya itu sebagai sopan dan tidak berlebih-lebihan.

Terdahulu, lagu Pendusta Cinta ciptaan sepenuhnya DJ Fuzz ini telah mendapat lebih empat juta tontonan di laman Youtube.

Video: Youtube

 

 

 

 

IKLAN