Pelakon, Lana Nodin memberikan dedikasi buat peminat yang selama ini tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak keduanya, William Daud McKienzie yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.
Pada masa sama, Lana turut memberitahu anaknya itu sudah dibenarkan pulang esok.
“Ni la moment malam pertama bile sy di masukkan di hospital ijn untuk menjalani procedure untuk jantung sy…dengan berkat doa2 orang di luar sane beri semangat pada sy dan mommy sy… Alhamdulillah sy dah boleh keluar esok dengan sihat…
“Terima kasih pada semua yg x henti2 doakan sy dan beri kata semangat oada mommy sy… Dan terima kasih to staff ijn dan doktor2 yg tak putus asa selamatkan sy tempoh hari…10 mins waktu yang sangat berharga untuk sy.
“Nanti sy dah sihat sepenuhnya dan ready utk jalan2 sy akan ikut teman mommy pegi event2… Mesti nak jumpa org ramai yg doakan sy hari tu… Insyallah dan terima kasih semua… Esok baby Billy balik umah,” tulisnya.
Persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Dimatamu kekal trending dan diperkatakan ramai apabila Elfira Loy dilihat melayangkan status menerusi Twitternya.
Bagaimanapun pada masa sama, pereka fesyen Hatta Dolmat menerusi laman Instagram pula ada berkongsi cerita perihal pengalamannya menatarias penyanyi ini.
Cukup terharu dengan sikap rendah diri Sufian, kata Hatta, proses bekerjasama cukup mudah kerana penyanyi ini tidak banyak songeh.
“Dari first jumpa discuss design, jumpa bincang konsep final overall look, sampai lah fitting, @sufiansuhaimi_ ni sangat lah humble personality nya, banyak kali lah abang cakap abang memang sangat suka lagu Di matamu, seronok proses discuss segalanya mudah dengan sufian, apa yang abang suggest, siapa yang abang suggest dia yakin, tiap kali habis dari discuss, dalam hati mesti akan cakap “ ya allah baik betul sufian ni, moga ada lah rezeki dia.”
Pereka tersohor ini juga percaya bahawa bekas tunang Elfira Loy ini benar-benar telah ‘move on’.
“Yang abang suka dengan cara sufian, dia PERCAYA kita. Dengan family dengan kawan kawan abang pun abang cakap sufian ni baik, lagu sedap, Kerja Sama dia bagi pun bagus, tak banyak bunyi, Dia Akan cakap “okay je bang, ean okay je.” Itulah rendah diri yang buat dia.
“Di senangi dan mendapat tempat Persembahan Terbaik #ajl33 semalam. lagu, pernyampaian syair yang merinding, penampilan, persembahan yang cukup simbolik Dan memberi kesan mendalam pada hati anda semua. Tahniah @sufiansuhaimi_ Dan seluruh team #dimatamu Dan percayalah sepanjang ini sufian sudah benar benar move on! Fuhhhh! Great team weyhh!” tulisnya.
Pelakon Zul Ariffin sedia tahu mengenai hubungan bekas kekasihnya, Zahirah MacWilson dan teman lelaki barunya, Aiman Hakim Ridza.
Ditanya mengenai apakah yang ingin dipertakannya, aktor bertubuh sasa ini mendoakan kebahagiaan keduanya.
Kata Zul, dia sedia maklum mengenai hubungan cinta pasangan pelakon itu menerusi media massa dan mengharapkan agar mereka menikmati momen-momen manis bersama.
“Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Baguslah, mereka masih muda dan banyak perkara yang boleh dilakukan. Nikmati hidup kalian sebaik-baiknya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Zul yang ditemui pada majlis Malam Gala filem lakonan terbarunya, Misteri Dilaila berharap bekas kekasihnya itu tidak bercakap yang tidak baik mengenai kisah silam.
“Apabila telah berakhirnya sesuatu hubungan itu, saya tidak mahu bercakap belakang mengenainya. So saya harap dapat the same treatment,” jelasnya jujur.
Terdahulu, Zul dan Zahirah mula berkenalan pada 2015 namun akhirnya putus sekitar Mac tahun lalu.
Zahirah kemudiannya dikatakan menjalinkan hubungan dengan Aiman Hakim sekitar Disember 2018 hingga kini.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.