Uncategorized

“InsyaAllah, Minggu Depan Saya Akan Bersalin. Doa-Doakan… – Farina AF8 Tak Sabar Menanti Cahaya Mata di Bulan Ramadan

Share

Penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Farina mengakui pada ketika ini, dia sudah pun tidak berapa kuat untuk melakukan rutin harian, memandangkan tempoh bersalinnya dijangka minggu depan.

Bagaimanapun, Farina atau nama sebenarnya, Zafarina Jambari ketika dihubungi MH memberitahu, dia perlu bersiap sedia atas apa sahaja situasi.

“Alhamdulillah, kalau diikutkan ‘due datenya’ adalah pada minggu depan. InsyaAllah, minggu depan saya akan bersalin. Doa-doakan ya.

 

Apa pun, saya kena juga bersedia bimbang kalau ‘terberanak’ tiba-tiba kan,” seloroh Farina yang bakal menerima cahaya mata perempuan, hasil perkongsiannya dengan suami seorang jurutera audio, Ahmad Faris Md Fauzi.

Pasangan ini bernikah pada Ogos 2017 selepas mengikat tali pertunangan pada Mei tahun sama. Terdahulu, Farina sudah pun mempunyai seorang anak perempuan hasil perkawinannya yang terdahulu.

Foto: Instagram Farina

IKLAN