Uncategorized

“InsyaAllah…” – Jawapan Gentleman Ariff Aziz Bila Ditanya Spekulasi Bakal Berkahwin Pengarah, A.Aida

Share

Pelakon, Ariff Aziz tidak mengulas panjang mengenai spekulasi bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga tahun ini serta status hubungan di antaranya dengan penerbit, Datuk A.Aida yang dikatakan rapat.

Ditanya sama ada betul atau tidak kemungkinan akan ada sebarang majlis melibatkan dirinya tahun ini, bintang yang turut beraksi menerusi filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda itu menjawab;

“InsyaAllah…”ujarnya ringkas.

Ariff ditemui ketika sedang sibuk membeli kelengkapan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama keluarganya.

Terdahulu, Ariff  menerusi Utusan Online sebelum ini menyifatkan adalah lebih baik sekiranya penerbit itu sendiri memberi ulasan berhubung khabar angin tersebut demi menghormati kedudukan selain usia yang lebih matang berbandingnya.

Malah, Arif pada masa sama turut mengakui pada fasa sekarang dia hanya mahu fokus pada kerjaya berbanding soal cinta.

Sementara itu, A.Aida seperti yang dilaporkan Mstar Online pula menjelaskan, dia kurang selesa dengan gosip berkenaan dan menyifatkan isu tersebut menjadi perhatian kerana dia mungkin kerap keluar dengan pelakon di bawah syarikatnya.

Terbaru, produser itu menerima kejutan apabila dilamar Wan Ariff Aziz, pada malam Khamis.

Kejutan itu dilakukan Ariff, di sebuah restoran Arab di Kampung Baru, Kuala Lumpur sambil menyarungkan cincin lamaran sambil diiringi petikan gitar oleh sahabat mereka.

IKLAN