Categories: Uncategorized

Instagram Anis Al-Idrus Dan Suami Kena Hack Sebelum Nikah

Share

Malam semalam telah berlangsungnya pernikahan antara pelakon dan model, Anis Al-Idrus bersama jejaka pilijan hatinya Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim.

Menerusi akaun Facebook kepada pengurus Anis, Nasir Deraman dia telah memberitahu bahawa akaun Instagram Anis dan suaminya telah digodam sebelum mereka bernikah semalam.

“Kesian kat Sharifah Anis Al Idrus dan bakal suaminya. malam ni nak akad nikah. Tiba2 ig diorang kena hack,” tulis statusnya.

Nasir telah berkongsi rasa simpatinya terhadap Anis dan suami kerana di waktu yang paling bermakna untuk berkongsi detik bahagia ini, akaun peribadi mereka berdua pula digodam oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Walau bagaimanapun, majlis akad nikah malam tadi berjalan dengan lancar dan Anis kini telah sah bergelar isteri.

Majlis pernikahan telah diadakan secara sederhana di De’Laman Event Space, Shah Alam.

Anis atau nama lengkapnya, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus dinikahkan bapanya sendiri, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus.

Akad nikah telah dilakukan di hadapan Imam dan Juru Nikah Masjid Al-I’tisam, TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fairuz Shuaib, mas kahwin berupa satu set barang kemas, dengan lima berbalas tiga dulang hantaran.

Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan dan sentiasa dilimpahi rahmat hingga ke syurga.

Sumber: Facebook Nasir Deraman

IKLAN