Uncategorized

‘Insta Famous Yang Buat Aksi Merepek Depan Kamera,Jangan Salahkan Mereka’-Sean Lee

Share

MH lihat sekarang ni terlampau banyak ‘insta famous’ yang popular kerana aksi-aksi merepek mereka di depan kamera.

Walaupun dikecam teruk namun ramai juga yang masih menonton video mereka itu.

Sebagai seorang yang mula bertapak dalam industri menerusi video youtube, pelakon, Sean Lee memberikan pandangan mengenai perkara tersebut.

“Kita tak boleh nak salahkan mereka (insta famous) ni juga sebab kalau salahkan mereka maka kita kena juga salahkan penonton sebab mereka yang suka melihat perkara-perkara itu.

“Kalau lihat dari sudut ‘insta famous’, mereka dapat ‘views’ tersebut apabila orang menontonnya dan ‘share’ video tersebut.

“Jadi, dengan berkongsi video tersebut kepada umum, secara tidak langsung menunjukkan jenis video yang disukai ramai,”katanya kepada Media Hiburan.

Tambahnya lagi, setiap orang mempunyai tanggungjawab dalam soal pemilihan video yang ingin ditonton.

“Reaksi daripada penonton yang membuat orang nak buat aksi-aksi sedemikian,” katanya lagi.

Sementara itu, Sean Lee bakal muncul dengan drama terbaru sebagai pelakon utama.

“Watak saya kali ini sebagai seorang mualaf, drama melayu. Saya agak teruja dengan watak ini sebab ia lain dari yang lain.

“Selalu orang lihat saya perwatakan kelakar, kali ini watak ini lain. Harap peminat boleh terima lah.

“Risau juga kalau peminat tak boleh terima watak kali ini,”katanya lagi.

IKLAN